• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tepung Gandum Guna Bahan Penyebab Kanser? Ini Jawapannya..

oleh AK-47
01/11/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Antara perkembangan sihat dalam kalangan kaum ibu pada zaman ini adalah kesedaran mengambil tahu tentang kandungan makanan dan bahan masakan untuk keluarga.

Bagi umat Islam pula, status halal kini menjadi aspek penting ketika memilih produk dan tempat makan.

Tak hairanlah apabila bahan kimia berbahaya didakwa dikesan dalam sesuatu produk atau jenama tertentu dikatakan tidak halal, tersebar di laman sosial, maka ia boleh memberi kesan pada jualan produk berkenaan.

Terbaharu 27 Oktober lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan tentang benzoil peroksida yang digunakan dalam tepung boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser.

Dakwaan dalam laporan tersebut dibuat oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM).

Sedikit sebanyak laporan ini sudah tentu menggusarkan pengguna malah diakui, isu bahan peluntur bahaya diguna untuk menjadikan warna tepung gandum putih melepak ini sudah lama bertebaran di laman sosial.

Bagaimana pun usah terlalu khuatir kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan akhbar bertarikh 28 Oktober 2014 telah menafikan perkara ini.

Dalam laporan penafian tersebut, diterangkan bahawa benzoil peroksida adalah kondisioner makanan yang dibenarkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (PPM 1985) untuk digunakan dalam tepung pada tahap tidak melebihi 50 mg/kg.

Codex Alimentarius Commission (CAC), badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme pula membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 mg/kg.

Di samping itu, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum telah dibenarkan di Singapura, Jepun dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ia digunakan dalam semua makanan.

KKM turut mengesahkan, setakat ini bukti saintifik turut menyangkal dakwaan bahawa benzoil peroksida berbahaya kepada kesihatan.

Diharapkan pengesahan jelas daripada KKM ini dapat menghilangkan was-was terhadap keselamatan menggunakan tepung gandum selepas ini, sekaligus membolehkan para suami dan anak-anak merasa makan kuih jemput-jemput semula.

Lepas ini jika anda ada rasa ragu-ragu dengan tahap kesihatan produk tertentu di pasaran, maka jangan berlengah untuk minta KKM siasat kesahihannya dengan memaklumkan kepada mereka melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat, mahu pun laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).

Tahniah buat KKM atas respon berkaitan isu peluntur tepung gandum yang kononnya boleh menyebabkan kanser kerana isu ini sebenarnya dah lama jadi persoalan dalam masyarakat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI
sumber

Tags: tepung gandum
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

India Larang Eksport Tepung Gandum

India Larang Eksport Tepung Gandum

27/08/2022
0

NEW DELHI – India meluluskan dasar melarang eksport tepung gandum dalam usaha menurunkan harga di pasaran domestik, lapor laman berita...

87 Cawangan Econsave Kekurangan 30 Peratus Tepung Gandum

18/05/2022
0

PASIR GUDANG: Pasar Raya Econsave Cash and Carry (Econsave) berdepan masalah kekurangan bekalan tepung gandum bersubsidi sehingga 30 peratus di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd