• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Lawat Pandikar Amin Di Hospital Serdang

oleh Ahmad Albab
11/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini melawat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menerima rawatan di Hospital Serdang.

Menerusi catatan di laman Twitter rasminya, Najib memuat naik gambar lawatan beliau ke atas Pandikar Amin, yang menjalani pembedahan kecil di jantung semalam.

“Sama-sama kita doakan semoga Tan Sri kembali sihat seperti sediakala, Insya’Allah,” kata Najib.

Perdana menteri yang tiba kira-kira 3 petang, meluangkan masa setengah jam bersama Pandikar Amin.

Setiausaha Akhbar Pandikar Amin, Rena Yusof berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat itu dimasukkan ke hospital berkenaan selepas menjalani pemeriksaan rutin kira-kira 12 tengah hari, semalam.

“Beliau ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan pihak hospital mendapati ada jangkitan pada jantungnya.

“Pihak hospital kemudian melakukan pembedahan kecil dengan serta-merta dan kesihatan beliau kini bertambah baik,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Rena berkata pihak hospital belum memaklumkan bila Pandikar Amin dibenarkan pulang. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd