• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kekal Kedudukan Ke-167 Dalam Ranking FIFA

oleh Ahmad Albab
11/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketiadaan aksi persahabatan antarabangsa kelas ‘A’ sejak kebelakangan ini menyaksikan tiada perubahan kedudukan skuad Harimau Malaysia dalam ranking terbaharu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan ranking bulan Ogos yang dikeluarkan FIFA hari ini, skuad kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee kekal pada posisi ke-167 dunia iaitu kedudukan sama bagi Julai.

Untuk rekod, Malaysia berada pada kedudukan ke-171 pada Januari dan Februari, 166 (Mac), 174 (April dan Mei) dan 173 pada Jun.

Dalam pada itu, Malaysia mengekalkan kedudukan ke-31 dalam kalangan 46 negara Asia.

Di peringkat ASEAN pula, Thailand menduduki tangga ke-120, Filipina (134), Vietnam (138) manakala Singapura dan Myanmar berkongsi posisi ke-158.

Dalam pada itu, kedudukan tiga pasukan teratas turut menyaksikan tiada perubahan dengan naib juara Copa America 2016, Argentina dan Belgium mengekalkan kedudukan di tangga pertama dan kedua, selepas masing-masing mengutip 1,585 dan 1,401 mata.

Wakil Amerika Selatan iaitu Colombia turut kekal di tempat ketiga dengan kutipan 1,331 mata.

Ranking FIFA itu melibatkan 209 negara. – BERNAMA

Tags: FIFA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IOC Terima Aduan Terhadap Infantino

IOC Terima Aduan Terhadap Infantino

16/07/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menerima aduan rasmi yang mendakwa Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino...

Ronaldo Didakwa Sebut “Bismillah” Sebelum Sepakan Penalti

Ronaldo Didakwa Sebut “Bismillah” Sebelum Sepakan Penalti

05/07/2026
0

Oleh Mynewshub  TORONTO – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mencuri perhatian dunia selepas rakaman televisyen memaparkan beliau dipercayai menyebut perkataan "Bismillah"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd