• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

150,000 Pencarum Daftar Simpanan Shariah Setakat Ini

oleh Ahmad Albab
11/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menganggarkan seramai 150,000 pencarumnya sudah mendaftar bagi Simpanan Shariah setakat hari ini.

Pilihan simpanan persaraan baharu itu akan dilancarkan pada Januari 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata KWSP akan terus menawarkan pelbagai pilihan kepada para pencarum.

“Sambutan terhadap Simpanan Shariah ternyata memberangsangkan,” katanya pada hari terakhir Persidangan Antarabangsa Keselamatan Sosial 2016, yang bermula semalam, di sini hari ini.

Sehingga Disember 2015, KWSP mempunyai seramai 14.55 juta pencarum yang mana 6.79 juta adalah aktif.

Seramai 38,613 pencarum mendaftar bagi Simpanan Shariah berkenaan semalam dan menyusuli seramai 46,686 orang pada Selasa dan 41,583 orang pada Isnin lepas.

Sejumlah RM100 bilion sudah diperuntukkan bagi dana Simpanan Shariah 2017 yang ditawarkan berdasarkan konsep ‘siapa cepat, dia dapat.’

Sementara itu, bercakap kepada wartawan di luar acara persidangan berkenaan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Strategi) KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata Simpanan Shariah itu juga mendapat sambutan memberangsangkan di semua cawangan KWSP di seluruh negara.

“Kami berada di landasan betul dengan menawarkan pilihan tepat kepada para pencarum kami. Malah, kami akan turut memaparkan bilangan ahli yang berjaya membuat penukaran itu, diharapkan pada kadar harian di laman web KWSP,” katanya.

Alizakri berkata KWSP juga akan turut membuat makluman terkini jika Simpanan Shariah itu mencecah had tertentu.

Selain itu, beliau turut menggesa para pencarum supaya memastikan tahap kewangan masing-masing berkeadaan baik dan tidak hanya bergantung kepada simpanan persaraan semata-mata.

Mereka sebaliknya, kata Alizakri boleh menimbang pilihan lain seperti unit amanah dan skim persaraan swasta.

“Kami sendiri agak khuatir kerana pencarum sewajarnya tahu apa yang mereka lakukan, atau dari sudut celik kewangan adalah anda perlu mempertingkatkan diri seberapa pantas yang boleh.

“Bagi KWSP, kami ada menyediakan perkhidmatan nasihat persaraan. Kalangan pencarum mahupun orang ramai berpeluang menilai tahap kewangan masing-masing secara percuma, namun (pada masa sama) anda perlu bersikap terbuka,” katanya.

Alizakri juga menegaskan tiada sebarang perubahan dalam strategi pelaburan KWSP berikutan langkah memperkenalkan Simpanan Shariah berkenaan.

“Kami ada peruntukan aset strategik kami dan akan mematuhinya. Apa yang berbeza hanyalah dari segi patuh Syariah,” katanya.

Persidangan dua hari bertemakan “Penuaan Aktif: Hayat Panjang dan Hidup Sejahtera” itu dianjurkan bersama oleh KWSP dan State Street, salah satu penyedia perkhidmatan kewangan terkemuka dunia kepada pelabur institusi.

Acara itu membincangkan aspek penuaan secara sihat dan mewujudkan masyarakat mesra usia serta menggalakkan penglibatan generasi tua dalam landskap ekonomi dan sosial. – BERNAMA

Tags: KWSP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd