• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes HFMD Meningkat 17.8% Dari Jan Hingga Ogos

oleh Ahmad Albab
11/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23,454 kes penyakit Tangan Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara dari 3 Jan hingga 6 Ogos, meningkat 17.8 peratus atau 19,916 kes untuk tempoh sama tahun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata untuk tempoh berkenaan, purata kes yang dilaporkan turut meningkat kepada 757 kes seminggu berbanding 642 kes untuk tempoh sama pada 2015.

“Walaupun kebiasaannya hanya gejala ringan, ia cepat menular dengan kadar serangan hampir 100 peratus dalam kalangan kanak-kanak di bawah 10 tahun terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti taska dan tadika,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 7,471 kes diikuti Sarawak (3,007), Johor (2,294), Kuala Lumpur (2,084), Sabah (1,535), Perak (1,361), Pulau Pinang (1,357), Melaka (1,198), Negeri Sembilan (889), Kedah (641), manakala negeri-negeri lain kurang daripada 500 kes.

Menurutnya tiga daerah di Selangor yang mencatat bilangan kes tertinggi adalah Petaling (2,699), Hulu Langat (1,801) dan di Klang (1,023 kes).

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 1,885 kes HFMD dilaporkan pada 31 Julai hingga 6 Ogos, meningkat 600 kes berbanding 1,285 kes minggu sebelumnya.

Beliau berkata penyakit HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71) dan merebak melalui sentuhan dengan air liur, cecair lepuh dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara tiga hingga lima hari.

“Kebiasaannya jangkitan adalah ringan dengan gejala demam diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki, mulut dan lidah dengan hampir keseluruhan pesakit pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa tujuh ke 10 hari.

Menurutnya kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan.

Bagaimanapun, beliau berkata jangkitan EV 71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis (radang otak), pulmonary edema (radang paru-paru berair) dan myocarditis (radang pada otot jantung), namun, ia jarang berlaku.

Dr Noor Hisham berkata ibu bapa dan penjaga kanak-kanak yang mengalami jangkitan perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan termasuk tidak dibawa ke tempat-tempat awam, membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor selain mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, menyentuh atau merawat lepoh dan semasa mencuci najis kanak-kanak itu.

Pengamal perubatan dan orang ramai boleh melaporkan kes HFMD di premis taska, tadika dan sekolah terlibat ke pejabat kesihatan daerah yang berhampiran, kata beliau. – BERNAMA

Tags: HFMDKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd