• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Kurung Pesakit Mental Di Rumah

oleh Ahmad Albab
11/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Keluarga pesakit mental diingatkan bahawa mereka tidak perlu mengurung pesakit di rumah, tetapi segera menghantarnya ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pengarah Kesihatan Perak Datuk Dr Juita Ghazalie berkata anggota keluarga juga perlu memainkan peranan apabila berhadapan dengan pesakit mental.

“Ini kerana mereka dapat melihat perubahan yang dialami oleh pesakit ini.

“Kelakuan pesakit mental antaranya tidak mahu berkawan, kemurungan dan gelisah.

“Mereka sendiri (pesakit) tidak tahu yang mereka mengalami penyakit ini,” kata Dr Juita ketika ditemui pada majlis perasmian Konvensyen Mental ke-11 yang dihadiri kira-kira 150 peserta di sini, hari ini.

Konvensyen tiga hari bermula semalam itu dirasmikan oleh beliau.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Dr Juita berkata pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran semua lapisan masyarakat terhadap penyakit itu.

“Kita telah mengadakan kempen kesedaran seperti ceramah, forum awam tentang tanda dan gejala kesihatan mental dan penyakit mental. Program minda sihat dan saringan kesihatan dibuat di sekolah dan klinik kesihatan serta hospital kerajaan,” katanya.

Menurutnya hospital psikiatri di bawah Kementerian Kesihatan kini menawarkan perkhidmatan pesakit dalam, pesakit luar dan komuniti yang mana rawatan untuk pesakit mental boleh didapati terus tanpa temujanji dan hanya ‘walk in’ di klinik.

“Masalah kelewatan rawatan diatasi buat pesakit luar dan dalam dengan adanya bilangan pegawai-pegawai perubatan dan pakar yang mahir dan bertauliah.

“Prosedur yang kemas dan diiktiraf di peringkat antarabangsa sedia menjadi panduan semua bentuk perawatan yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah dan Pakar Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja Hospital Bahagia Ulu Kinta Dr Norhayati Nordin berkata, kegagalan menangani perasaan kecewa sejak usia kanak-kanak boleh mengundang gangguan mental kepada seseorang.

Beliau berkata kanak-kanak dan remaja pada zaman ini tidak pandai menangani perasaan itu kerana mereka kurang berinteraksi dengan orang di sekeliling termasuk kawan-kawan dan anggota keluarga.

“Mereka lebih terdedah kepada (alat) teknologi sehingga tidak tahu untuk berinteraksi dengan orang ramai.

“Mereka bermain permainan menerusi gadjet yang tidak memerlukan mereka untuk berinteraksi dengan orang.

“Apabila kalah (bermain) mereka akan cepat stress dan kecewa sekaligus sukar untuk mengawal perasaan itu,” katanya.

Dr Norhayati berkata kanak-kanak juga menghadapi masalah mental perpunca daripada tekanan yang dihadapi daripada orang dewasa dan masalah di sekolah.

“Mereka ini memerlukan sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan. Sekiranya tiada sokongan, apabila dewasa mereka akan mengalami masalah tingkah laku dan mengambil dadah untuk menyelesaikan masalah,” katanya.

Menurut Dr Norhayati, setiap sekolah disyorkan supaya memberi pendedahan tentang kemahiran sosial kepada murid-murid. – BERNAMA

Tags: sakit mental
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

Petani California Mengaku Bunuh 7 Rakan, Dakwa Sakit Mental

28/01/2023
0

LOS ANGELES: Lelaki yang dituduh membunuh tujuh rakan sekerja ladang di California memberitahu wartawan Amerika Syarikat bahawa dia sememangnya bersalah...

Suami Tikam Isteri Hamil Diarah Jalani Pemeriksaan Mental

14/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang suami yang mencederakan isteri yang sedang hamil menggunakan pisau lipat menangis selepas Mahkamah Seksyen di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd