SEORANG wanita warga emas di Surin, Thailand meninggal dunia seminit sebelum cucunya memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada Ahad.
Subin Khongthap, 82, dilaporkan rebah ketika bersama penduduk kampung sedang bersorak gembira dan bertepuk tangan menyaksikan cucunya, Sinphet Kruithong memenangi tempat ketiga bagi kategori 52 kilogram angkat berat menerusi sebuah televisyen besar.

Dek kerana insiden itu juga, suasana perayaan atas kemenangan itu juga tiba-tiba bertukar suram.
Nenek atlet itu kemudian dibawa ke Hospital Chumphon Buri sebelum disahkan meninggal dunia.
Difahamkan, upacara pengebumian mangsa telah dilakukan, pada Rabu.
Dalam acara berkenaan, Sinphet Kruithong memenangi pingat gangsa untuk Thailand. – MYNEWSHUB.CC

