• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doa Keluarga Sentiasa Iringi Cheong Jun Hoong

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Walaupun berpisah hampir 16,000 kilometer, namun doa keluarga sentiasa mengiringi Cheong Jun Hoong sehingga membolehkannya bersama Pandelela Rinong meraih pingat pertama buat Malaysia dalam temasya Sukan Olimpik Rio de Janeiro.

Ibu Jun Hoong, Leow Lai Kuan, 50, berkata walaupun telah setahun mereka tidak bertemu, namun kecanggihan teknologi membolehkan beliau menghubungi anaknya itu termasuk dengan menggunakan panggilan video atau ‘WhatsApp’.

“Tetapi sebelum acara 10 meter papan anjal itu, kami sekeluarga tidak menghubungi dia kerana tidak mahu mengacaunya.

“Walaupun saya mendoakannya berjaya bila pergi bertanding, tapi saya juga pesan kepadannya anggap ia sebagai latihan sahaja agar dia tidak tertekan,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Jun Hoong dan Pandelela memenangi perak menerusi acara terjun 10m platform serentak di Pusat Akuatik Maria Lenk awal pagi tadi dengan mengumpul 344.34 mata.

Berkongsi kejayaan anak sulung daripada tiga beradik itu, Lai Kuan berkata beliau seisi keluarga berjaga demi menyaksikan secara langsung menerusi televisyen aksi anaknya bersama Pandelela.

Sementara itu adik Jun Hoong, Cheong Jun Yeng, 23, berkata mereka sekeluarga sedikitpun tidak letih walaupun tidak tidur semalam kerana kejayaan yang dicipta kakaknya seoleh memberi semangat kepada semua orang.

“Selepas menang kami dapat banyak panggilan telefon dan mesej mengucapkan tahniah, wartawan pun tidak henti-henti telefon dan datang ke rumah kami,” katanya.

Tambahnya, beliau ada menghubungi Jun Hoong pukul 10 pagi tadi dan kakaknya itu sangat gembira kerana berjaya menebus kekecewaan setelah terlepas pingat dalam acara 3m papal anjal serentak berganding dengan Nur Dhabitah Sabri pada Ahad lepas.

Ditanya mengenai tempoh setahun tidak bertemu, Jun Yeng berkata mereka faham dengan jadual latihan padat kakaknya selain tuntutan untuk menyertai beberapa kejohanan antarabangsa. – BERNAMA

Tags: sukan olimpikterjun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Patah Tangan, Cedera Muka Akibat Terjatuh Di Air Terjun Seri Perigi

Patah Tangan, Cedera Muka Akibat Terjatuh Di Air Terjun Seri Perigi

19/08/2023
0

YAN: Seorang lelaki patah tangan kanan dan cedera di muka akibat terjatuh ketika sedang mandi di Air Terjun Seri Perigi,...

Lelaki Lemas, Nekad Terjun Sungai Melaka

14/05/2022
0

MELAKA : Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai bertindak terjun ke dalam Sungai Melaka gara-gara dikejar sekumpulan individu di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd