• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Main Pokemon GO Jangan Sampai Jejas Produktiviti

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Gajet, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot menasihati mereka yang ketagih dengan ‘Pokemon GO’ supaya tidak bermain permainan itu di tempat kerja.

Kemerosotan produktiviti boleh mengakibatkan kerugian, pemotongan gaji dan dibuang kerja, katanya apabila mengulas tentang kegilaan bermain ‘Pokemon GO’ yang dilaporkan melanda banyak negara hingga banyak pekerja bermain permainan itu pada waktu bekerja.

Bercakap kepada media di luar Persidangan Gaji Berkaitan Produktiviti Malaysia di sini, beliau berkata: “Apakah yang akan terjadi apabila kadar produktiviti menurun? Gaji tidak boleh dibayar dan seterusnya, pembuangan pekerja akan berlaku.

“Riot berkata beliau menangani beribu-ribu kes pembuangan pekerja atau pekerja diminta untuk berhenti kerja.

“Ada syarikat tidak mampu membayar gaji pekerja mereka dan setiap minggu, saya mengendalikan tidak kurang 1,000 kes pekerja dibuang atau diminta berhenti kerja kerana pelbagai sebab, sesetengahnya kerana salah laku mereka sendiri,” kata beliau.

Ditanya sama ada majikan mematuhi syarat gaji minimum, beliau berkata adalah terlalu awal untuk kementerian berkenaan menentukan perkara itu.

Beliau berkata kementerian itu menjangka dapat mengetahui dalam masa tiga bulan lagi, sama ada syarikat mematuhi perintah gaji minimum yang berkuat kuasa mulai 1 Julai.

Gaji minimum ditetapkan RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan. – mStar Online

Tags: Pokemon GoRichard Riot Jaem
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Richrard Riot Sertai PKR, Jeffrey Kitingan Sokong Mahathir

29/02/2020
0

AHLI Parlimen Serian, Richard Riot Jaem, dilaporkan menyertai PKR hari ini. Hal itu dinyatakan melalui Facebook rasmi PKR sebentar tadi...

Blogger Terkenal Rusia Dijel Main Pokemon Di Gereja

29/04/2017
0

MOSCOW - Pendakwa raya di sebuah mahkamah Rusia meminta hakim memenjarakan seorang penulis blog tempatan selama tiga setengah tahun kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd