• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DRB-HICOM Bhd Akan Terus Kekalkan Proton

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DRB-HICOM Bhd. akan terus mengekalkan Proton sebagai jenama kereta nasional yang telah menjadi legasi industri automotif dan terus menyumbang faedah ekonomi kepada negara.

Pengerusi DRB-HICOM, Tan Sri Mohd Khamil Jamil, berkata Proton telah menyumbang banyak kepada negara seperti pekerjaan, cukai, penyelidikan, pembangunan serta lain-lain lagi.

Beliau menafikan laporan kononnya bahawa DRB-HICOM akan menjual keseluruhan kepentingannya dalam Proton Holdings Bhd., sambil berkata bahawa jenama itu adalah sebuah ikon Malaysia.

“Saya tidak fikir Proton akan berhenti, atau DRB-HICOM akan berhenti,” katanya semasa pelancaran Pos Laju EziDrive-Thru oleh Pos Malaysia Bhd., sebuah anak syarikat DRB-HICOM dengan kepentingan 53.5 peratus.

Khamil, yang telah berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah Proton Holdings dari 19 Mac 2012 hingga 16 Mei 2014, berkata demikian sebagai respons kepada soalan seorang wartawan mengenai laporan potensi pelupusan keseluruhan kepentingan DRB-HICOM dalam Proton baru-baru ini.

“Saya tidak lagi berada dalam pengurusan Proton tapi saya melihat pembuat kereta itu sedang menuju ke tempat yang betul sekarang. Dari hari pertama apabila DRB-HICOM memperoleh Proton Holdings (pada 15 Mac 2012), ia sentiasa berhasrat untuk mencari rakan strategik.

“Kami mengakui walaupun ia menjadi satu-satunya kereta nasional di negara ini termasuk di rantau ini, Proton Holdings tidak akan mampu untuk berkembang atau menghasilkan lebih banyak kereta tanpa rakan strategik, kerana kami adalah sebuah industri yang masih muda di Malaysia.

“Kami sentiasa berniat untuk tujuan itu dan kami sentiasa mencari. Malahan, kami ada terlibat dalam satu perbincangan, malangnya disebabkan isu-isu, terma dan syarat-syarat tertentu, kami tidak dapat memuktamadkan perjanjian itu.

“Sekarang, dengan pengurusan baharu Proton Holdings, saya fikir ia akan dapat bekerjasama dengan kerajaan dan kami menghargai keprihatinan kerajaan kepada industri dan menyokong Proton,” katanya.

DRB-HICOM dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, berkata, ia menolak penjualan keseluruhan PROTON.

Dilaporkan, Proton Holdings ketika ini sedang melaksanakan langkah Permohonan Untuk Cadangan bagi mencari rakan kongsi.

Langkah itu dijangka akan selesai pada suku tahun pertama 2017 dan menghindarkan pelupusan keseluruhan kepentingannya dalam kumpulan tersebut, katanya.

PROTON Holdings berkata, pelaksanaan RFP dikawalselia oleh satu Jawatankuasa Pasukan Petugas yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi memantau pemulihan PROTON.

Saham-saham DRB-HICOM di Bursa Malaysia menokok sebanyak enam sen untuk ditutup pada RM1.22 dengan 14.2 juta saham diniagakan hari ini. – BERNAMA

Tags: Proton
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

25/09/2025
0

300 Liter RON95: Kereta Mana Boleh Pecut Paling Jauh?”

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd