• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gelombang 1 PPPM 2013-2025 Capai Sasaran

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tiga keberhasilan utama dalam Gelombang 1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan selepas tempoh pelaksanaannya berakhir tahun lepas.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tiga keberhasilan utama Gelombang 1 itu adalah penguasaan literasi dan numerasi (Linus) murid, peningkatan enrolmen prasekolah dan sekolah rendah serta merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.

Beliau berkata Gelombang 1 PPPM menyaksikan 99 peratus murid menguasai Linus Bahasa Malaysia selepas tiga tahun persekolahan, manakala Bahasa Inggeris pula meningkat kepada 94 peratus tahun lalu berbanding 63.3 peratus pada 2013.

Dari segi enrolmen murid pula, sebanyak 84.5 peratus kanak-kanak memasuki prasekolah tahun lepas berbanding 81.7 peratus pada 2013 manakala sekolah rendah meningkat kepada 98 peratus tahun lepas berbanding 94.4 peratus pada 2013.

“Pencapaian itu merupakan suatu yang membanggakan kerana berjaya mengatasi kadar enrolmen universal sebanyak 91 peratus,” katanya semasa berucap membentangkan Laporan Tahunan 2015 PPPM 2013-2025 di sini hari ini.

Hadir sama timbalannya Datuk P. Kamalanathan dan Chong Sin Woon, Ketua Setiausaha Kementerian Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof.

Mengenai jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar, Mahdzir berkata Gelombang 1 pelaksanaan PPPM berjaya mengurangkan jurang antara kedua-dua sektor sebanyak 31.6 peratus, mengatasi sasaran 25 peratus yang ditetapkan berdasarkan pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Kejayaan melepasi sasaran yang ditetapkan dalam Gelombang 1 ini merupakan hasil kerjasama kolektif dan kolaboratif semua pihak termasuk sokongan daripada pemimpin dan warga pendidikan secara keseluruhan,” katanya.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata persepsi masyarakat yang semakin baik terhadap Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) menyaksikan peratusan enrolmen menengah rendah dalam bidang itu melonjak kepada 5.3 peratus tahun lalu daripada 4.6 peratus tahun sebelumnya.

Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA) yang diperkenalkan pada 2015 juga telah diikuti oleh 345 pelajar dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 4,260 murid tahun ini berdasarkan jangkaan permintaan yang tinggi untuk TVET, katanya.

Mahdzir dalam sidang medianya selepas itu berkata Gelombang 2 PPPM yang bermula tahun ini hingga 2020 akan menumpukan kepada meningkatkan perpaduan murid, akses kepada pendidikan serta kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Selaras dengan cabaran pendidikan alaf baru, semua sasaran dalam gelombang itu menetapkan satu capaian berdasarkan standard antarabangsa melalui pentaksiran oleh Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS), katanya. – BERNAMA

Tags: Mahdzir Khalid
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

BN, PH Guna Logo Sendiri Di Kedah – Mahdzir

14/05/2023
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Kedah akan menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri...

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

Mahdzir Pertahan Jawatan Naib Presiden UMNO

23/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hari ini, mengesahkan akan mempertahankan jawatan disandangnya pada Pemilihan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd