• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Perempuan 11 Tahun Dakwa Nyaris Diculik

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun trauma selepas mendakwa nyaris diculik dua lelaki yang menaiki sebuah van di kawasan letak kereta bangunan Wisma Persekutuan di Anak Bukit, di sini semalam.

Ibu mangsa, Nor Asilawani Mohd Sehut, 43, berkata kejadian pada pukul 7.27 pagi itu berlaku sewaktu anaknya sedang menunggunya di luar kereta ketika beliau pergi mengetik kad perakam waktu di pejabatnya.

Beliau berkata menjadi rutin hariannya datang ke pejabat terlebih dahulu sebelum menghantar anaknya ke sekolah berdekatan.

“Selepas saya selesai mengetik kad perakam waktu, saya terkejut melihat anak saya berlari ke arah saya dalam keadaan takut dan seperti dikejar seseorang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Nor Asilawani, anaknya memberitahu ada dua lelaki yang menaiki van berwarna hitam cuba menculiknya.

Katanya beliau kemudian membuat laporan di Balai Polis Anak Bukit pada pukul 9.19 pagi semalam.

Sementara itu, kanak-kanak berkenaan yang dikenali sebagai Zara berkata pemandu van tersebut menanyakan nama dan memanggilnya untuk memberikan coklat.

“Tetapi saya tidak ambil kerana ibu pesan jangan ambil makanan daripada orang yang tidak dikenali,” katanya sambil menambah lelaki berkenaan bercakap dalam loghat Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

“Berdasarkan fakta kes, kita dapati tiada unsur culik atau melarikan orang kerana ia cuma tanggapan pengadu yang merasakan dia hampir diculik,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, katanya polis akan meningkatkan rondaan di kawasan tersebut bagi mengelak sebarang kejadian jenayah. – BERNAMA

Tags: culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

Culik Pemilik Kedai Emas, Polis Buru 4 Suspek

28/05/2025
0

KOTA BHARU: Polis masih memburu empat suspek dipercayai terbabit dalam kes culik pemilik kedai emas di Tumpat pada 20 Mei...

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

2 Pelajar Warga China Mengaku Tak Salah Tipu Penculikan, Tuntut Ibu Bayar Tebusan RM2.9 Juta

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua warga China yang juga pelajar sebuah universiti di Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd