• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Terjerut Buaian Di Jempol

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jempol – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati terjerut pada tali buaian di rumah datuknya di FELDA Lui Muda, dekat sini, petang semalam.

Difahamkan dalam kejadian jam 3.40 petang itu mangsa bermain dengan buaian berkenaan di bahagian dapur.

Ketika kejadian hanya mangsa Isma Umairah Radzuan dan bapa saudaranya berusia 21 tahun berada di rumah manakala datuk dan neneknya berada di luar atas urusan tertentu.

Menurut sumber, bapa saudara mangsa yang meninjau di dapur selepas pelik kerana kanak-kanak itu senyap tidak seperti kebiasaannya ketika bermain.

Katanya, sebelum ini mangsa dikatakan kerap bermain di buaian berkenaan.

“Bapa saudara mangsa segera memotong tali buaian itu sebelum membawa kanak-kanak itu ke Klinik Kesihatan Lui Muda.

“Namun, doktor yang melakukan pemeriksaan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Jempol,” katanya.

Sumber itu berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat.

ketua Polis Daerah Superintendan Hamzah Alias dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – myMetro Online

Tags: kanak-kanakmaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.