• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Berpeluang Raih Pingat Pertama Di Rio

oleh Ahmad Albab
10/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Malaysia berkemungkinan berpeluang meraih pingat pertama dalam Sukan Olimpik Rio apabila pasangan acara terjun, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong beraksi di Maria Lenk Aquatics Center di sini pada Selasa.

Pasangan itu akan bersaing dalam acara 10m papan anjal serentak bersama-sama pasangan perenang Nombor Satu dunia dari China, Chen Ruolin dan Liu Huixia.

Bagaimanapun, kedua-dua perenang negara itu perlu berdepan dengan pasangan perenang dari Korea Utara, Kim Kuk Hyang dan Kim Mi Rae selain pasangan yang berpeluang meraih pingat dari Kanada, Meaghan Benfeiro dan Roseline Filion.

Pasangan China merupakan pilihan ramai untuk mengekalkan pingat emas dengan pasangan Korea disebut-sebut untuk meraih pingat perak manakala Malaysia, Kanada, Mexico perlu berentap untuk gangsa.

“Saya tidak nampak sebarang sebab kenapa kita tidak boleh menjadi antara pesaing pingat,” kata Pandelela.

“Saya mendapat pengalaman dalam Sukan Olimpik London dan kami kini lebih bersedia untuk podium,” kata pemenang pingat gangsa berusia 23 tahun pada Sukan Olimpik London 2012 dalam acara 10m papan anjal individu.

Ratu acara terjun kelahiran Sarawak itu tidak akan bersendirian apabila beliau bersaing untuk pingat di Sukan Olimpik Rio kerana ibu bapanya, Pamg Heng dan Harti Lamin dan abang sulungnya, Pardika Inboma akan menyaksikan beliau beraksi.

“Dalam Olimpik London, tiada siapa menjangkakan saya menang satu pingat dan kedua-dua ibu bapa saya juga tidak ada di sana, namun kali ini mereka berpeluang melihat saya beraksi,” kata Pandelela.

Beliau juga akan beraksi dalam acara kegemarannya 10m papan anjal individu bersama rakan senegara Nur Dhabitah Sabri pada 18 Ogos. – BERNAMA

Tags: sukan olimpik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengiraan Detik Pelancaran Olimpik Tokyo 2020 Bermula

25/07/2017
0

TOKYO - Menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, Jepun menganjurkan acara pengiraan detik pelancaran penganjuran temasya sukan dunia itu, di ibu pejabat...

Dhabitah ‘Ponteng Sekolah’, Pandelela Sokong Demi…

12/10/2016
0

RATU terjun negara, Pandelela Rinong Pamg menyatakan sokongannya kepada Nur Dhabitah Sabri apabila banyak meninggalkan sesi persekolahan bagi menjalani latihan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd