• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koperal Didakwa Terima Suapan RM1,300

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM1,300 hampir dua tahun lepas.

Koperal Mohamad Sukeri Othman, 35, yang bertugas di Pejabat Peronda Lebuhraya Zon Utara (Bandar Baharu-Changkat Jering) didakwa menerima suapan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap V. Tamil Vanan kerana disyaki membawa arak tanpa cukai berbayar di dalam kereta jenis Toyota Avanza.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam kedai Veerasamy Mini Market, F79 Pekan Lama, Lubok Buntar, Serdang, Bandar Baharu pada 10.09 pagi, 9 Nov 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nurul Wahidah Jalaluddin kemudian memohon mahkamah memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak bagi dibicarakan bersama satu lagi pertuduhan rasuah melibatkan tertuduh.

Hakim Zanol Rashid Hussain membenarkan permohonan itu dan mengarahkan tertuduh hadir di Mahkamah Sesyen Ipoh esok untuk sebutan semula kes.

Mohamad Sukeri didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 4 Ogos atas tuduhan menerima suapan wang tunai berjumlah RM1,200 daripada individu yang sama, pada 7 Nov 2014. – BERNAMA

Tags: anggota polisrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd