• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azizulhasni Buka Cabaran Kepada Pelumba Lain

oleh Ahmad Albab
09/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Pelumba basikal negara Azizulhasni Awang membuka cabaran kepada pelumba lain agar memberi tentang kepadanya pada Olimpik Rio.

Yakin untuk menaiki podium pada penyertaan olimpik buat kali ketiga di Brazil, pelumba keirin ini berkata beliau sudah bersedia dan teruja dengan cabaran yang bakal dihadapi dan mengidam untuk dikalungkan dengan sekurang-kurangnya pingat gangsa seperti yang diperoleh di kejohanan dunia di London pada Mac.

“Tiada kegugupan apabila saya tiba di perkampungan sukan di sini semalam. Saya telah matang sejak lapan tahun lepas dan menunggu-nunggu cabaran di sini,” katanya kepada media Malaysia di perkampungan sukan di sini pada Ahad.

Pelumba sprint wanita, Fatehah Mustapa dan jurulatih kebangsaan John Beasley turut bercakap kepada wartawan setiba mereka semalam susuan latihan lima minggu di Portugal.

Azizulhasni, 28, yang turut digelar ‘Pocket Rocketman’ berkata persediaan beliau kali ini lebih baik berbanding edisi di Beijing pada 2008 dan di London pada 2012.

“Kini saya di peringkat berbeza …saya lebih berhati-hati dan tidak gentar dengan nama besar seperti pelumba favourite Joachim Eilers daripada Jerman dan Ed Dawkins daripada New Zealand,” katanya.

Malah beliau berkata semua pelumba beliau kenali dan mereka pernah bersaing antara satu sama lain pada kejohanan seperti piala dunia serta kejohanan dunia.

“Merekalah yang harus takutkan saya kerana mereka tidak tahu apa yang akan dijangka dari saya. Walaupun saya bersaiz kecil, mereka tahu saya boleh membuat kejutan,” katanya yang setinggi 166 sentimeter dan seberat 69 kilogram.

Mengenai velodrom kejohanan, beliau yaang mencubanya hari ini berkata beliau sukakan treknya yang reka bentuknya sama seperti yang beliau berlatih di Melbourne, Australia.

“Reka bentuk velodrom di sini dan di tempat saya berlatih di Melbourne adalah sama dan banyak persamaan. Laluan ke garisan akhir adalah panjang dan saya sukakannya kerana saya boleh menambah kelajuan saya,” katanya.

Azizulhasni akan menyertai acara keirin pada 16 Ogos sementara Fatehah akan menyertai acara sprint dua hari sebelum itu.

Azizulhasni berada di tempat ke-10 pada Olimpik Beijing dan memperbaiki kedudukan di tempat keenam di Olimpik London empat tahun kemudian.

Sementara Fatehah berkata walaupun acara 200 meter bukan kegemarannya tetapi beliau bekerja keras dalam latihan sejak layak ke Rio.

“Saya akan lakukan yang terbaik dan menyasar catatan masa bawah 11 saat,” katanya yang pakar dalam acara keirin. – BERNAMA

Tags: sukan olimpik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengiraan Detik Pelancaran Olimpik Tokyo 2020 Bermula

25/07/2017
0

TOKYO - Menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020, Jepun menganjurkan acara pengiraan detik pelancaran penganjuran temasya sukan dunia itu, di ibu pejabat...

Dhabitah ‘Ponteng Sekolah’, Pandelela Sokong Demi…

12/10/2016
0

RATU terjun negara, Pandelela Rinong Pamg menyatakan sokongannya kepada Nur Dhabitah Sabri apabila banyak meninggalkan sesi persekolahan bagi menjalani latihan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd