PENYANYI antarabangsa, Maher Zain, 36, mengakui dia mengambil masa yang agak panjang, menghampiri dua tahun untuk menyiapkan album ketiganya, One.
Menurut Maher Zain, proses menyiapkan album tersebut tergendala beberapa kali kerana perkara yang tidak boleh dielakkan telah berlaku.
“Saya bersyukur dan gembira kerana album ketiga saya berjaya disiapkan dan telah dilancar baharu-baharu ini.
“Pelancaran album ini merupakan penantian yang sangat lama, dan saya berharap ianya berbaloi.
“Beberapa tahun ini, banyak perkara berlaku dan saya bersyukur dapat mengadapan persembahan di seluruh dunia,” katanya.
Tambahnya, album tersebut mempunyai 15 buah lagu dan dirakam di beberapa buah negara termasuk United Kingdom, India, Turki, Mersir, Sweden dan Afrika Selatan.
Album ini juga diterbitkan dalam 3 versi berbeza, iaitu Bahasa Arab, versi Bahasa Turki dan versi antarabangsa berbahasa Inggeris. Album ini juga dipasarkan di Malaysia. – MYNEWSHUB.CC
