• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertemuan KJ & FAM Bukan Campur Tangan Kerajaan

oleh
07/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertemuan antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung kemelut yang melanda badan induk bola sepak negara itu tidak boleh ditafsirkan sebagai campur tangan pihak ketiga.

Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John berkata perbincangan antara pihak FAM dan Khairy bukan campur tangan kerajaan kerana FAM masih bebas berfungsi seperti biasa.

“(Campur tangan kerajaan) buat masa ini belum lagi, kita melihat itu sebagai satu nasihat daripada menteri kepada FAM, seperti Setiausaha Agung FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) dalam laporan media semalam, berkata keputusan masih di tangan FAM. Itu yang penting,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis memperingati bekas Setiausaha Agung AFC, mendiang Datuk Seri Paul Mony Samuel, di sebuah hotel di sini hari ini.

Pertemuan Khairy dan FAM baru-baru ini, adalah perbincangan mengenai formula baharu bagi memulihkan prestasi bola sepak negara.

Windsor berkata AFC akan bertindak jika FAM atau anggota gabungan FAM menghantar laporan bahawa badan induk itu tidak boleh berfungsi secara bebas.

“Bila kita katakan tentang campur tangan pihak ketiga, tidak kira kerajaan atau orang lain, kita harus lihat adakah laporan daripada pihak yang terlibat.

“Kalau setakat perbincangan memberi nasihat itu susah untuk kita buat kesimpulan. Buat masa ini, kita sedang memantau perkembangan FAM. Setakat ini tiada laporan daripada FAM, cuma kami baca daripada laporan media,” katanya.

Windsor turut menjelaskan bahawa mengenakan hukuman penggantungan terhadap sesebuah badan induk bola sepak itu bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana pihaknya akan meneliti semua laporan diterima sebelum dihantar kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Sepertimana kita lakukan dengan Indonesia dan Kuwait serta beberapa negara lain, pertama kita akan minta laporan terperinci daripada badan induk masing-masing…apa yang berlaku dan bagaimana kita boleh tafsirkan itu sebagai campur tangan.

“Contohnya, campur tangan bermaksud FAM tidak boleh berfungsi secara satu badan bebas mengikut statut mereka dan dipaksa oleh pihak ketiga untuk membuat perkara lain daripada statut, jadi itu satu campur tangan,” katanya. – BERNAMA

Tags: AFCFAMKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd