• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Wanita, Suami Dipercayai Dera Adik Lelaki

oleh
07/08/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Polis sedang memburu seorang wanita bersama suaminya kerana dipercayai terlibat mendera adik lelakinya di rumah mereka di sebuah ladang di Kong Kong, Masai, dekat sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abdul Aziz berkata usaha sedang giat dilakukan bagi mengesan kedua-dua mereka yang berumur lingkungan 30-an dan didapati melarikan diri serta tidak pulang ke rumah selepas kes penderaan terhadap remaja berumur 14 tahun itu terbongkar.

“Kejadian itu disedari kira-kira 9.30 malam, Rabu lepas, selepas seorang wanita yang merupakan penduduk setempat terlihat mangsa dalam keadaan tidak bermaya di sebuah surau di kawasan Kampung Desa Mewah, Sungai Penderam, Seri Alam, di sini,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jokhiri berkata mangsa didapati melarikan diri dari rumah kerana tidak tahan didera pasangan tersebut dan didapati terdapat kesan melecur disebabkan air panas, parut-parut luka dan lebam di bahagian badannya.

Beliau berkata mangsa turut mengadu telah lama didera oleh kakaknya yang merupakan suri rumah dan abang iparnya yang merupakan nelayan itu selain dibiarkan tanpa sebarang rawatan.

Katanya mangsa yang tidak bersekolah merupakan anak ke-10 daripada 11 beradik dan diserahkan kepada kakak dan abang iparnya untuk dijaga setelah kematian bapanya sejak berusia lima tahun.

“Ekoran itu, mangsa kemudian dibawa kepada pihak polis bagi membuat laporan dan kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail, di sini, bagi melakukan pemeriksaan dan rawatan.

“Mangsa kini di bawah kawalan Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berada dalam keadaan stabil di bawah pemerhatian pakar rawatan kanak-kanak hospital tersebut,” katanya.

Menurut Jokhiri, polis kini menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh didenda sehingga RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pihaknya sehubungan itu, turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut supaya dapat tampil membantu siasatan polis atau menyalurkan maklumat berkenaan ke mana-mana balai polis berhampiran, katanya. – BERNAMA

Tags: Dera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

Budak Sembilan Tahun Maut Disyaki Didera Bapa Tiri

23/06/2025
0

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera oleh bapa tiri di sebuah rumah di Kota Laksamana,...

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

Guru Wanita Disyaki Dera Kanak-Kanak Perempuan Direman Enam Hari

31/05/2025
0

Gombak: Guru wanita yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun direman enam hari bermula hari ini. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd