• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelari Kenya Dominasi Larian Maraton SCKLM 2016

oleh Ahmad Albab
07/08/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seperti dijangka, barisan pelari Kenya terus mendominasi Larian Maraton Standard Chartered Kuala Lumpur 2016 apabila mengungguli kebanyakan kategori terbuka lelaki dan wanita pada perlumbaan itu yang bermula dan berakhir di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Juara bertahan, Kennedy Kiproo Lilan dari Kenya, menjuarai acara larian maraton penuh terbuka lelaki sejauh 42 kilometer buat kali kelima pada perlumbaan tersebut.

Lilan mencatat masa 2 jam 18 minit dan 57 saat, mengatasi dua rakan senegaranya Tonui Kiprop dan Luka Kipkemoi Chelimo, yang menduduki tempat kedua dan ketiga, dengan masing-masing merekodkan 2:18:59s dan 2:19:24s.

“Perlumbaan tahun ini sengit dan mencabar bagi saya. Memenangi perlumbaan Maraton Kuala Lumpur buat kali kelima adalah pencapaian yang hebat.

“Namun, saya tidak berpuas hati dengan masa yang dicatatkan kerana dua jam 19 minit tidak begitu baik. Mungkin, tahun depan saya akan kembali dengan lebih bertenaga, itu janji saya,” kata Lilan kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.

Berikutan kejayaannya itu, Lilan membawa pulang USD17,500 (kira-kira RM71,000), manakala Kiprop meraih USD7,500 (kira-kira RM30,300), sementara Chelimo menerima USD5,000 (kira-kira RM20,195).

Lilan berkata pencapaian terbesarnya adalah di Larian Maraton Standard Chartered Singapura pada Disember tahun lepas, dan beliau seterusnya akan bersaing di Maraton Jakarta pada Oktober ini.

Sementara itu, pelari Ethiopia Hirut Beyene Guangul memecahkan penguasaan pelari Kenya apabila beliau menamatkan perlumbaan dengan masa 2:39:02s, hanya 0.12 saat mengatasi pelari Kenya Naomi Jepkogei Maiyo yang merekodkan masa 2:39:14s, dalam kategori terbuka wanita.

Seorang lagi pelari Kenya Elizabeth Jeruiyot Chemweno menduduki tempat ketiga selepas mencatat masa 2:41:10s.

Kesemua mereka membawa pulang jumlah hadiah kemenangan yang sama seperti dalam kategori terbuka lelaki.

Sementara itu, Muhaizar Mohamad dan Yuan Yu Fang, masing-masing muncul pelari terbaik Malaysia kategori lelaki dan wanita.

Sejumlah 35,000 pelari mengambil bahagian pada perlumbaan itu yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD125,000 (kira-kira RM505,000).

Pemenang Larian Maraton Standard Chartered Kuala Lumpur 2016:

Maraton Penuh Terbuka Lelaki
—————————-
1. Kennedy Kiproo Lilan (Kenya) 2 jam 18 minit 57 saat
2. Tonui Kiprop (Kenya) 2:18:59s
3. Luka Kipkemoi Chelimo (Kenya) 2:19:24s

Maraton Penuh Terbuka Wanita
—————————-
1. Hirut Beyene Guangul (Ethiopia) 2:39:02s
2. Naomi Jepkogei Maiyo (Kenya) 2:39:14s
3. Elizabeth Jeruiyot Chemweno (Kenya) 2:41:10s

Separuh Maraton Terbuka Lelaki
——————————
1. Charles Munyua Njoki (Kenya) 1:07:44s
2. Samson Kipiagat (Kenya) 1:11:09s
3. Samuel Muya (Kenya) 1:12:12s

Separuh Maraton Terbuka Wanita
——————————
1. Hannah Wabera Gathingi (Kenya) 1:22:20s
2. Tabitha Wambui (Kenya) 1:22:42s
3. Sheela Samivellu (Malaysia) 1:24:44s

– BERNAMA

Tags: marathon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ribuan Peserta Marathon Berlari Dalam Udara Tercemar

18/10/2019
0

NEW DELHI - Puluhan ribu pelari telah mendaftar untuk mengambil bahagian dalam maraton di ibu negara India pada hari Ahad...

Peserta Marathon Kuching 2018 Diberi Kawalan Keselamatan

10/08/2018
0

KUCHING - Peserta luar negara yang menyertai Marathon Kuching 2108 yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini (12 Ogos) akan diberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd