• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Kesihatan Seksual Lelaki Dijangka Meningkat

oleh Ahmad Albab
07/08/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Masalah kesihatan seksual yang dialami kaum lelaki dijangka meningkat berikutan kadar penyakit kronik yang semakin tinggi di negara ini.

Ketua Jabatan Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Prof. Datuk Dr. Shaiful Bahari Ismail berkata antara masalah kesihatan seksual dan reproduktif lelaki yang kerap berlaku termasuk ejakulasi pramatang, disfungsi ereksi, sindrom kekurangan hormon testosteron dan infertiliti (kemandulan) akibat faktor lelaki.

Dr. Shaiful berkata ia berikutan sikap kaum Adam yang kurang cenderung mendapatkan rawatan secara berkala di hospital terutama berkaitan penyakit kronik seperti diabetis, tekanan, jantung, kolestrol tinggi dan obesiti yang berkait rapat dengan masalah seksual lelaki.

“Begitu juga dengan amalan merokok yang mempunyai kesan langsung kepada masalah seksual dengan kajian pada 2005 menunjukkan 48 peratus lelaki di negara ini mengalami masalah seksual.

“Bila kadar penyakit kronik ini meningkat saya jangkakan masalah seksual juga akan meningkat walaupun belum ada data terkini yang menunjukkan peningkatan itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran bukunya yang bertajuk Masalah Seksual Lelaki Dalam Kesejahteraan Suami Isteri di HUSM Kubang Kerian di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Naib Cancelor USM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Timbalan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Abang Salehuddin Abang Shakeran.

Dr. Shaiful berkata isu dan cabaran itu perlu ditangani secara bersama oleh semua pihak bagi memastikan wujud kesejahteraan dalam hubungan suami isteri sekali gus mengelakkan perkara tersebut menjadi satu daripada punca perceraian di negara ini.

Terdahulu Dr. Shaiful menyampaikan syarahan umum bertajuk Kesihatan Lelaki di Malaysia: Perkembangan, Isu dan Cabaran sementara isterinya, Prof. Datin Dr. Nik Hazlina Nik Hussain membentangkan Kesihatan Wanita di Malaysia: Perkembangan, Isu dan Cabaran.

Sementara itu Abang Salehuddin berkata pihak DBP amat mengalu-alukan institusi pengajian tinggi di negara ini menghasilkan buku mengikut bidang masing-masing sebagai bahan bacaan umum kepada masyarakat.

“Tidak banyak buku ilmiah terutama bidang perubatan yang ditulis dalam bahasa Melayu. Usaha murni ini harus diteruskan bagi mendekatkan masyarakat kepada bidang perubatan atau bidang lain di negara kita,” katanya. – BERNAMA

Tags: Masalah SeksualPenyakit Kronik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Jemaah Ada Penyakit Kronik

Lebih 60 Peratus Jemaah Ada Penyakit Kronik

31/05/2023
0

MEKAH – Pasukan perubatan Tabung Haji (TH) Madinah lega apabila permit untuk membolehkan mereka beroperasi secara sah telah diluluskan oleh...

COVID-19: Jangan Bawa Golongan Berisiko Ke Tempat Awam

13/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Tiga golongan yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 iaitu kanak-kanak, warga emas dan mereka yang ada penyakit kronik....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd