• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Hanya Hukum Penyokong Perak – Pemuda PAN

oleh Ahmad Albab
07/08/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Perak berharap supaya Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) dan penyokong pasukan itu tidak dikenakan tindakan yang berat berikutan insiden kekecohan di Stadium Ipoh malam tadi.

Pengarah Komunikasinya, Muhammad Faeez Azahar berkata, sebarang tindakan berat dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke atas pasukan itu boleh menjejaskan prestasi skuad Seladang yang sedang meningkat.

“Hukuman yang mungkin dikenakan kelak wajar diteliti daripada pelbagai aspek, jangan hanya menghukum PAFA mahupun penyokong tuan rumah semata-mata,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

BACA: JDT Nafi Penyokongnya Punca Kekecohan

Muhammad Faeez berkata, Pemuda PAN Perak berasa duka cita dengan insiden di Stadium Ipoh malam tadi malah lebih tegang berbanding sebelum ini hingga menyebabkan kecederaan serta kerosakan harta benda.

Justeru, kata beliau, pihaknya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat berbincang secara serius dan mencari usaha agar kejadian itu tidak terus berlaku.

“Kami mengakui, PAFA sangat mengharapkan agar insiden seperti ini tidak berlaku kerana ia amat merugikan pasukan. Namun, pihak pengurusan harus memikirkan sesuatu dalam usaha mengawalnya.

‘Kehangatan’ adalah adat dalam perlawanan bola sepak, berusahalah ianya berlaku dalam semangat kesukanan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakPAFAParti Amanah Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd