• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Kalis Peluru Telan Kos Tinggi Mengikut Model

oleh Ahmad Albab
06/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA insiden tembakan di negara ini yang kebanyakannya membawa maut dan dipercayai dilakukan oleh pembunuh upahan menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Justeru orang ramai mula mencari kaedah untuk melindungi diri mereka daripada bahaya.

Kebanyakan kes adalah melibatkan pemandu yang ditembak dari jarak dekat ketika mereka berada di dalam kenderaan.

Terdapat 12 kes tembak dilaporkan di jalan raya Malaysia sejak awal tahun ini – menyebabkan 14 kematian.

Keadaan ini menimbulkan minat orang ramai terhadap kereta kalis peluru.

Buktinya ramai yang bertanya mengenai kaedah pemasangannya namun akhirnya terpaksa melupakan hasrat berkenaan kerana ia bakal menelan kos yang tinggi.

Pengeluar kaca kalis peluru mendedahkan terdapat peningkatan sehingga sepuluh kali ganda bagi orang ramai yang bertanya untuk mengubah suai kereta mereka dengan perisai khas.

Pemilik SecuGlass Sdn. Bhd., Ho Chong Choai, 49, berkata mereka menerima 10 hingga 20 panggilan sehari bertanya mengenai kereta kalis peluru berikutan kes tembakan berganda pada Julai.

“Pengubahsuaian asas yang meliputi hanya tingkap dan pintu kereta bagi sebuah kereta menelan kos sekitar RM60,000 hingga RM90,000.

“Bagaimanapun, bakal pelanggan kebanyakannya melupakan hasrat mereka setelah mengetahui kos yang tinggi,” katanya kepada The Star.

Beliau berkata kebanyakan perniagaannya memberi tumpuan kepada mengukuhkan tingkap di bank-bank, bangunan kedutaan, penjara dan kereta perisai.

Pengarah STEC Laminates, James Thomas berkata syarikatnya yang menggunakan bahan yang lebih ringan menerima peningkatan dalam permintaan bagi menyediakan kereta kalis peluru dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

“Tetapi ia bukan untuk semua orang kerana kosnya boleh mencecah sehingga RM120,000 bergantung kepada model kereta.

“Saya mendapat banyak panggilan daripada orang pada masa kini. Pelanggan saya kebanyakan adalah ahli perniagaan yang kaya dan orang kenamaan,” katanya.

Pengubahsuaian bagi kereta tertentu – termasuk memasukkan panel perisai di dalam bingkai dan pintu mengambil masa sehingga enam hingga lapan minggu untuk disiapkan.

Thomas berkata bahan padat digunakan untuk melindungi kenderaan daripada peluru.

“Perisai itu juga mengurangkan halaju peluru dan ia tidak akan menembusi perisai.

“Bahan yang dibangunkan khas itu boleh menahan tiga hingga lima tembakan pada satu-satu masa,” kata Thomas.

Kaca peluru yang juga dikenali sebagai kaca balistik adalah sejenis bahan yang kuat tetapi optik telus yang tahan apabila dihentak oleh peluru.

Kaca tahan peluru yang boleh menahan tiga tembakan dari pistol separuh automatik 9mm dari jarak tiga meter berharga RM2,700 meter persegi. – mStar Online/The Star Online

Tags: keretapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd