ARTIS muda berbakat besar Yuna atau Yunalis Mat Zara’ai yang telah mencipta nama di peringkat antarabangsa menyelar sebuah rancangan stesen televisyen tempatan berikutan penghasilan sebuah video parodi.
Menerusi laman Facebooknya, Yuna memberitahu tindakan pihak terbabit yang menghasilkan dan menyiarkan video tersebut sangat biadab dan ia boleh mengakibatkan kariernya sebagai penyanyi berakhir kerana sikap tidak sensitif pihak berkenaan.
Video parodi antara pelawak Jihan Muse dan Syuk Joras (SJM) itu mengundang rasa kurang senang Yuna sendiri.

“Kawan-kawan semua, saya harap kamu semua tahu bahawa parodi yang dilakukan mereka (Astro) boleh menyebabkan karier saya di negara ini berakhir.
“(Tindakan) itu biadab dan tidak menghormati rakan saya (Usher),†tulisnya.

Tambah Yuna lagi, sekiranya Usher melihat video yang telah disiarkan, penyanyi kelahiran Amerika Syarikat itu pasti tidak mahu dikaitkan langsung dengan Malaysia.
“Tolonglah didik diri sendiri, Astro telah pun memadam video tersebut dari Internet hanya selepas dikecam oleh ramai kerana ia boleh menjadi isu yang serius di negara ini.
“Tapi kerosakan telah berlaku, kamu terlalu obses dengan parodi bodoh sampai terlupa mengenai maruah,†luahnya kesal.

Yuna turut menggesa agar semua pihak berhenti berkongsi video tersebut di Facebook kerana ia tidak kelakar sebaliknya hanya menyakiti hatinya.
Bagaimanapun, pihak rancangan berkenaan telah membuat permohonan maaf itu secara terbuka di laman mikro Twitter mereka hari ini.

“Sekali lagi, kami di pihak krew dan warga kerja #MeleTOP ingin memohon maaf di atas penyiaran video tersebut,†tulisnya.

Namun berbeza pula pandangan daripada pelawak dan pelakon Afdlin Shauki yang merasakan Usher sedikit pun tidak akan terkesan dengan parodi sebegitu memandangkan di negara kelahiran artis itu sendiri turut mempunyai parodi yang sedemikian rupa malah lebih dahsyat lagi. – MYNEWSHUB.CC