• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Lemas Mandi Di Kolam Air Panas Di Baling

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dilapor meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di pusat rekreasi Kolam Air Panas Ulu Legong di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shariffuddin Yusof berkata Muhammad Ikram Akil Zamzani ditemukan orang ramai yang datang ke pusat rekreasi itu kira-kira 11 malam dalam keadaan tidak sedarkan diri di salah sebuah kolam air panas berkenaan.

“Orang awam kemudiannya maklumkan kepada pihak pengurusan pusat itu dan pihak Hospital Baling datang ke tempat kejadian dan sahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Pihak polis turut terima panggilan kira-kira 1.45 pagi tadi daripada bapa mangsa yang memberitahu anaknya meninggal dunia kerana lemas ketika mandi di kolam air panas berkenaan,” katanya kepada Bernama.

Difahamkan mayat mangsa akan dibawa balik ke kediaman keluarganya di Taman Bersatu, Kuala Nerang dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakmati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.