• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Perubatan Pertahanan Terima RM95j

oleh Ahmad Albab
04/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kementerian Pertahanan menyediakan dana berjumlah RM95 juta untuk meningkatkan perkhidmatan perubatannya, kata menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurutnya RM25 juta daripada jumlah itu akan digunakan untuk menaik taraf Institut Kesihatan Angkatan Tentera di Terendak, Melaka, manakala RM35 juta pula bagi Institut Perubatan Penerbangan yang sedang dibangunkan di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.

Baki RM35 juta pula digunakan untuk memperluaskan poliklinik di Kuching dan kerja meningkatkan Hospital Angkatan Tentera di Kota Kinabalu, Sabah dan Kuala Lumpur, katanya.

“Kementerian dan Fakulti Perubatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) juga bekerjasama untuk mengadakan program peringkat sarjana dalam Perubatan Ketenteraan, yang dijangka bermula pada September 2017.

“Program ini dijangka dapat menghasilkan 20 pakar dalam perubatan ketenteraan pada penghujung empat tahun pertamanya. Ia akan menyentuh amalan di medan perang, perubatan tentera laut dan penerbangan selain modul perubatan pekerjaan dan kesihatan awam tradisional.

Hishammuddin berkata demikian kepada media selepas menghadiri taklimat Pertukaran Kesihatan Ketenteraan Asia Pasifik dan Perkongsian Pasifik 2016 di atas kapal Amerika Syarikat, USNS Mercy (T-AH19), berhampiran pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Tanjung Gelang, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Lt Jen Datuk Abdul Razak Md Yusoff, Panglima TLDM Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Komander Misi Perkongsian Pasifik, Tom Williams dan Pegawai Pemerintah USNS Mercy, Kapten Peter Roberts.

Program perkongsian 14 hari itu, antara lain menumpukan kepada kerjasama dua hala, pertukaran pakar bagi meningkatkan persediaan dan daya tahan menghadapi bencana serantau, yang diadakan di Malaysia untuk kali pertama.

Sebanyak 450 anggota tentera Malaysia dan 1,275 tentera dari Australia, Kanada, Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengambil bahagian dalam program perkongsian itu yang bermula 1 Ogos lepas.

Mengenai perkongsian itu, Hishammuddin memuji program berkenaan yang dianggapnya jambatan terbaik yang diperlukan untuk menyatukan negara dan berharap lebih banyak usaha seperti itu dilakukan pada masa depan.

“Terserah kepada mereka jika mahu mengadakan program ini sebagai acara tahunan tetapi berdasarkan maklum balas positif, saya harap ia bukan diadakan sekali sahaja. Ia perlu diteruskan, mungkin dengan skala lebih kecil jika tidak dilakukan secara besar-besaran,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengenai perjanjian meningkatkan perkongsian risikan serta latihan keselamatan maritim tiga penjuru antara Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia dan Filipina, Hishammuddin berkata cabaran yang dihadapi adalah aspek operasinya.

“Sudah tiba masanya kita bergerak ke hadapan dan kerjasama seperti ini belum pernah berlaku. Mesyuarat antara kami sejak beberapa bulan lalu begitu menggalakkan dan cabaran kini adalah mengenai operasinya.

“Ini memerlukan pertukaran program tentera ke tentera dan prosedur operasi standard (SOP) yang diperincikan dan kami akan pastikan semua negara seiring dalam soal operasi,” katanya.

Kerjasama itu, katanya, adalah penting untuk melindungi penduduk di Laut Sulu dan menangani kes penculikan, pengganas dan penyeludupan di rantau itu selain masalah yang dilakukan oleh kumpulan Abu Sayyaf dan Daesh.

Sementara itu, mengulas mengenai krisis politik di Terengganu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata beliau percaya kepada kebijaksanaan pemimpin negeri itu untuk menyelesaikannya. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari...

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

12/11/2022
0

PRU15 | Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd