MUSIMÂ haji kini tiba lagi… Menunaikan ibadah panggilan Baitullah. Tanah Suci Makkah Al Mukaramah.
Suasana musim haji bermula hari ini dengan berlepasnya penerbangan pertama MH8000 membawa 489 jemaah ke Madinah.
Sebagai Stesen Penyiaran Kandungan Islam Nombor Satu, TV AlHijrah menyediakan laporan terkini suasana Musim Haji tahun ini.
Untuk pertama kali, platform media baharu TV AlHijrah mempelopori liputan awal pergerakan jemaah haji bermula hari ini.
Lawati Instagram @tvalhijrah114 dan FB TVAlhijrah. Laporan intensif dan eksklusif akan dikemas kini 24/7. Sumber laporan, foto dan video akan disiarkab lima kru Musim Haji yang sudah memulakan tugas di Makkah mulai pagi tadi.


Bagi penonton pula, mulai 29 Ogos, TV AlHijrah akan menyiarkan program Labaikallah pada setiap pukul 9.30 malam selama 17 hari.
Program Langsung Dari Tanah Suci ini akan dihoskan Ustaz Khairul Azhar Ghazali.

Jangan terlepas! Selain berkongsi ilmu, penonton berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.
Cuma kumpulkan soalan setiap episod dan jawab soalan terkumpul selama 17 hari.
Pemenang bertuah akan menerima hadiah sebuah kereta, tiga buah motorsikal dan 6 pakej umrah.
Detail mengenai kuiz akan diumumkan dalam tempoh terdekat! – MYNEWSHUB.CC