• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Produk Vaksin Tiruan Dikesan Setakat Ini

oleh Ahmad Albab
04/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan melaksanakan pemeriksaan semasa ke semasa bagi memastikan tiada produk vaksin tiruan berada di pasaran negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat pemeriksaan yang dilakukan setakat ini, tiada syarikat yang dikesan memalsukan produk vaksin mereka.

“KKM juga mengingatkan hospital atau klinik swasta untuk membeli stok bekalan vaksin daripada pembekal-pembekal yang berlesen sahaja dan tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan vaksin dengan harga yang lebih murah dari harga pembekal yang berlesen,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan itu sebagai mengulas mengenai laporan berkenaan pihak agensi regulatori Indonesia, Badan Pengawas Obat dan Makanan (BADANPOM) pada 20 Julai 2016 telah mengeluarkan kenyataan mengenai penemuan vaksin tiruan di Indonesia.

Susulan itu, kerajaan Indonesia telah mengambil langkah-langkah untuk menghentikan pengedaran vaksin tiruan tersebut.

“KKM memberi amaran bahawa memiliki, menjual atau membekal vaksin tidak berdaftar dan vaksin tiruan adalah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Jika disabitkan kesalahan individu boleh dikenakan denda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun untuk kesalahan pertama atau denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun untuk kesalahan kedua dan berikutnya,” katanya.

Beliau berkata jika kesalahan tersebut dilakukan oleh syarikat dan jika disabitkan kesalahan syarikat boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama atau denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan kedua dan berikutnya.

Dr Noor Hisham berkata orang awam juga dinasihatkan untuk berkomunikasi dengan pengamal perubatan mengenai vaksin yang diberikan dan kesan sampingan yang mungkin timbul serta tindakan yang harus dilakukan apabila kesan sampingan yang tidak diingini berlaku selepas mendapatkan vaksin tertentu.

“Orang awam boleh menghubungi Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-78835400 sekiranya terdapat vaksin yang meragukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Vaksin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

12/10/2022
0

KOTA BHARU - Seorang pekerja bank menfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd