• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Paip Paling Dedikasi Popular Di Internet

oleh Ahmad Albab
05/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang lelaki di China mendapat gelaran tukang paip paling berdedikasi selepas gambarnya menyelam di dalam lubang berlumpur untuk membaiki paip pecah viral di Internet.

Tukang paip berkenaan, Wang Zhaofu, 61, dilaporkan membaiki satu paip pecah di sebuah rumah di wilayah Jiangsu baru-baru ini.

Tukang Paip Paling Dedikasi Popular Di Internet
Wang Zhaofu

Zhaofu dan seorang rakannya terpaksa menggali lubang untuk membaiki paip bawah tanah berkenaan, tetapi lubang itu dipenuhi air yang mengalir keluar.

Tanpa berfikir panjang Zhaofu masuk ke dalam lubang sedalam hampir satu meter itu untuk membaiki kerosakan paip berkenaan.

Seorang penduduk yang melihat Zhaofu menyelam dengan keadaan kakinya terjulur keluar dari lubang itu segera merakamkan gambar berkenaan.

Tukang Paip Paling Dedikasi Popular Di Internet

Gambar itu dimuat naik di media sosial di China dan menjadi viral apabila pengguna Internet memuji dedikasi yang ditunjukkan Zhaofu.

Ramai pengguna laman sosial juga memberi gelaran kaki paling cantik kepada Zhaofu.

Zhaofu berkata, dia hanya menyelam selama satu minit sahaja kerana bimbang berada terlalu lama di dalam air berlumpur boleh menjejaskan kesihatannya.

“Paip yang pecah menyebabkan lubang yang kami gali dipenuhi air dan saya tiada cara lain untuk membaiki kerosakan berkenaan selain terpaksa menyelam.

“Saya terpaksa menyelam sebanyak empat kali untuk membaiki paip yang rosak berkenaan,” katanya. – Agensi

Tags: pelikpopular
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kekasih Gelap Ozzy Nak Saman Kelly Osbourne

Next Post

Wak Doyok, Azrinaz Enggan Ulas Gosip Bertunang

Related Posts

Muhyiddin Kekal Pemimpin Politik Paling Popular

20/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai tokoh paling popular dalam kalangan pemimpin parti politik tanah...

Pelakon Popular Korea Ditahan

18/07/2019
0

SEOUL - Seorang pelakon Korea Selatan didakwa melakukan serangan seksual terhadap dua wanita yang bekerja dengan syarikat penerbitan, lapor agensi...

Next Post

Wak Doyok, Azrinaz Enggan Ulas Gosip Bertunang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd