• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Ukraine Mulakan Lawatan Rasmi Ke Malaysia

oleh Ahmad Albab
03/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Presiden Ukraine, Petro Poroshenko, tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi pertama beliau ke Malaysia, selama tiga hari.

Poroshenko tiba dengan menaiki jet peribadi kira-kira 7.05 malam dengan diiringi isteri, Maryna Poroshenko.

Ketibaan beliau disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan selaku menteri pengiring.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan sulung oleh presiden Ukraine ke Malaysia itu menandakan peningkatan hubungan antara kedua-dua negara.

Poroshenko dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya esok.

“Pertemuan itu akan membolehkan kedua-dua pemimpin memperteguhkan hubungan dua hala di samping meneroka potensi kerjasama dalam bidang lain. Ia turut membuka peluang untuk saling bertukar pandangan dalam pelbagai isu global dan serantau membabitkan kepentingan bersama,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata kedua-dua pemimpin juga dijadual menyaksikan pemeteraian beberapa perjanjian bertujuan mempertingkatkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara. – BERNAMA

Tags: Presiden Ukraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden Ukraine Dakwa Rusia Lakukan Genosid

11/03/2022
0

KIEV - Presiden Ukraine mendakwa Rusia melakukan pembunuhan beramai-ramai selepas tentera Kremlin mengebom hospital kanak-kanak dan wad bersalin di Mariupol....

Presiden Ukraine Terus Merayu Bantuan Barat

07/03/2022
0

KYIV : Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy berterusan ‘memujuk rayu’ Barat supaya mengenakan sekatan lebih ketat terhadap Rusia. Menerusi satu lagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd