• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah: Bekas Pegawai TLDM Didenda RM100,000

oleh Ahmad Albab
03/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas enam pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM1.5 juta, berkaitan urusan pembekalan barangan ke TLDM antara 2013 dan 2015.

Terdahulu, tertuduh Leftenan Komander Khairul Izwan Mohd Khir,38, yang pernah bertugas sebagai Pegawai Kawalan Material 2, Depot Bekalan Armada TLDM, Lumut menukar pengakuan kepada bersalah atas semua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Hakim S. Indra Nehru turut memerintahkan Khairul Izwan memerintahkan harta milik Khairul Izwan bernilai kira-kira RM1.6 juta dilucutkan hak.

Lelaki itu didakwa menerima wang tunai berjumlah RM1.4 juta dari tempoh 9 Feb 2015 hingga 27 Feb 2015 daripada seorang kontraktor dikenali sebagai Hussin Roslin yang dikreditkan menerusi empat transaksi ke dalam akaun Affin Bank Bhd milik pihak ketiga di cawangan Sitiawan, Manjung.

Selain itu, Khairul Izwan didakwa menerima sekeping kad debit CIMB bernilai RM100,000 pada 7 Jan 2014 daripada seorang pemilik syarikat, Mohd Nasir Abdullah di CIMB Bank Cawangan Seri Manjung.

Bagi pertuduhan keenam, Khairul Izwan didakwa menerima seutas jam tangan jenama Bell & Ross di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur pada 2013 daripada seorang bernama Hussin sebagai hadiah kerana membantu mendapatkan projek pembekalan.

Bagi tuduhan itu, Khairul Izwan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 Sept 2015 sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh.

Terdahulu, pada 9 Sept 2015, Khairul Izwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas lima pertuduhan menerima wang dan sekeping kad debit yang semuanya bernilai RM1.5 juta.

Khairul Izwan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Amer Abu Bakar Abdullah serta Mahadi Abdul Jumaat, manakala Khairul Izwan diwakili Norhasham Hasan. Dia membayar denda RM100,000 itu. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd