• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Ada Bom Kot?’ Ratusan Penumpang AirAsia Panik

oleh
03/08/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ancaman bom di dalam sebuah pesawat AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di Sepang, Selangor memaksa semua penumpang terpaksa diarah dikeluarkan.

AirAsia turut mengesahkan pesawat penerbangan AK423 yang dijadualkan dari Kuala Lumpur ke Banda Acheh, Indonesia pagi 3 Ogos itu, ditangguhkan penerbangannya untuk pemeriksaan keselamatan.

Ia berikutan ancaman bom yang ditimbulkan oleh penumpang pesawat tersebut yang kemudian disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika ditemui pemberita sebagai palsu.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, carian bom itu dijalankan pihak berkuasa dan situasi berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard apabila berdepan dengan keadaan seperti itu,” menurut kenyataan AirAsia tersebut.

AirAsia menyatakan pesawat itu diisytiharkan selamat oleh pihak berkuasa dan menyatakan mereka akan membantu penumpang yang terjejas ekoran insiden tersebut dengan sewajarnya.

“Semua penumpang yang menaiki pesawat itu, dikeluarkan dengan selamat,” kata syarikat penerbangan itu dan menambah penumpang yang menimbulkan gangguan itu berjaya ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan media menyatakan bahawa mereka dimaklumkan oleh syarikat kos rendah itu mengenai ancaman bom di dalam pesawat di klia2.

Pihak MAHB seterusnya menyatakan mereka kini bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan tersebut dan semua pihak berkuasa yang berkaitan.

'Ada Bom Kot?' Ratusan Penumpang AirAsia Panik

Ia menyatakan keadaan itu dikendalikan mengikut prosedur operasi standard ketika berdepan dengan situasi berkenaan. dan berkata: “Setakat ini ia tidak menjejaskan operasi penerbangan bagi pesawat lain.”

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi berkata pesawat dengan 123 penumpang dan enam anak kapal itu berpatah balik ketika hendak berlepas kira-kira 7.45 pagi.

Ia susulan seorang penumpang menyebut perkataan bom dan didengari pramugara bertugas. Unit bom dihantar ke lokasi menjalankan pemeriksaan terhadap pesawat dan bagasi, namun tidak menemukan sebarang objek bom.

“Tiada sebarang objek, bungkusan, kotak yang disyaki mempunyai bom dijumpai dan hanya sebutan perkataan ‘ada bom kot’ oleh penumbang terbabit,” kata Abdul Aziz.

Beliau berkata pesawat berkenaan dibenarkan beroperasi dan diserahkan kepada pihak AirAsia manakala seorang penumpang lelaki berusia 76 itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang bagi siasatan.

“Jangan sengaja bergurau menyebut perkataan yang berupa ancaman di lapangan terbang atau dalam pesawat kerana boleh diambil tindakan undang-undang,” tegas Abdul Aziz lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AirAsiaBomMAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd