• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dun Baharu Pacu P’bangunan Parlimen Kinabatangan

oleh Ahmad Albab
02/08/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINABATANGAN – Pewujudan sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu di Parlimen Kinabatangan bakal memacu pembangunan di kawasan berkenaan secara seimbang.

Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata kawasan baharu dikenali sebagai kerusi Bukit Garam itu, antara DUN baharu diwujudkan menerusi persempadanan semula DUN Sabah, yang akan dilakukan tidak lama lagi.

Beliau berkata Parlimen Kinabatangan mempunyai keluasan 1,759,380 hektar dengan mempunyai dua DUN setakat ini iaitu Sukau dan Kuamut.

“Kawasan Parlimen Kinabatangan yang luas menyukarkan pelaksanaan pembangunan secara menyeluruh.

“Penambahan satu lagi DUN di Parlimen Kinabatangan akan dapat memacu pembangunan yang seimbang antara wilayah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kinabatangan di sini, hari ini.

Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah Datuk Idrus Ismail dipetik sebagai berkata perkara berkaitan kerusi tambahan diserahkan kepada DUN Sabah yang dijadual bersidang pada 8 Ogos ini.

Dijangka terdapat pertambahan 11 hingga 13 kerusi di DUN Sabah jika Rang Undang-Undang mengenainya diluluskan pada persidangan DUN tersebut.

Bung Moktar yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kinabatangan, berkata soal parti komponen BN yang akan mewakili kawasan DUN baharu itu setelah diwujudkan kelak, belum diputuskan setakat ini. – BERNAMA

Tags: Bung Moktar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Wanita Maut Dilanggar Lari Lepas Main Pokemon Go

Next Post

Jangan Perkecilkan Sumbangan PAS Di Selangor – Iskandar

Related Posts

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

22/05/2025
0

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad gagal dalam percubaan...

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

Next Post

Jangan Perkecilkan Sumbangan PAS Di Selangor - Iskandar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd