• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Tersilap Bidas Bekas KP Imigresen

oleh Ahmad Albab
02/08/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mungkin kerana kurang membaca, Setiausaha Pemuda DAP, Lew Chee Kwan tersilap memberi peringatan kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (imigresen) Datuk Seri Sakib Kusmi yang telah berpindah jabatan.

Beliau dalam nada marah memberi peringatan kepada Sakib supaya memperbaiki mutu perkhidmatan imigresen kerana menyebabkan orang ramai terpaksa menunggu lama untuk menguruskan pasport masing-masing semalam.

“Biar saya beri peringatan kepada Ketua Pengarah Sakib Kusmi adalah menjadi tanggungjawab imigresen untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak membazirkan masa dan wang orang ramai untuk sia-sia beratur.

“Membuat orang ramai bertahan dalam barisan panjang dan menunggu berjam-jam selama enam bulan (Januari 2017) adalah satu perkara yang tidak cekap dan tidak bertanggungjawab kepada orang ramai,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Untuk rekod, Sakib tidak lagi memikul tanggunggjawab sebagai Ketua Pengarah imigresen sebaliknya kini berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tempatnya kini digantikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mustafar Ali.

Chee Kwan berkata, Malaysia adalah antara negara yang mempunyai cuti umum paling banyak dalam dunia menyebabkan ramai rakyat Malaysia sering melancong.

“Bagaimanapun, menjadi mimpi ngeri rakyat kerana mengalami masalah kekurangan pasport dan terpaksa bangun pada awal-awal pagi untuk mendapatkannya,” dakwanya. – mynewshub.cc

Tags: DAPImigresen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd