• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indah Ruhaila Tak Nak Berhutang Demi Berkahwin

oleh Ahmad Albab
01/08/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS mengikat tali pertunangan sejak tiga tahun yang lalu, Indah Ruhaila mengakui dirinya tidak sanggup berhabis ratusan ribu ringgi demi mengadakan majlis perkahwinan yang meriah kerana dia bersikap lebih praktikal dalam hal ini.

Tambahnya, dia tidak mahu berhutang semata-mata mahukan majlis yang eksklusif kerana kehidupan selepas mendirikan rumahtangga itu adalah lebih penting baginya.

“Saya tak mengharapkan majlis perkahwinan yang meriah kerana menguruskan perkara wajib itu yang penting. Selepas memulakan hidup baharu nanti, lebih banyak wang yang diperlukan.

“Saya mengimpikan majlis yang sederhana sahaja tanpa menyusahkan mana-mana pihak. Saya juga tidak mahu berhutang semata-mata mahukan perkahwinan yang gah.

“Jika ditakdirkan nama saya jatuh selepas berkahwin nanti, saya tidak berasa takut. Selagi boleh berjuang, saya akan berjuang dan tidak akan berhenti memperkenalkan bakat.

“Industri seni ini luas, banyak yang boleh diteroka. Saya hanya mengharapkan doa dari semua pihak,” katanya kepada BH Plus.

Indah yang bakal berkahwin pada awal tahun depan juga meluahkan rasa bersyukur kerana dikurniakan pasangan yang memahami tugasnya sebagai seorang selebriti. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Akademi FantasiaIndah Ruhailapenyanyitunang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Bakal Pengantin, Tunang Antara Didakwa Cabul Remaja Bergilir-gilir

Bakal Pengantin, Tunang Antara Didakwa Cabul Remaja Bergilir-gilir

23/12/2024
0

MUAR: Dua lelaki masing-masing yang bakal melangsungkan pertunangan Sabtu ini dan berkahwin Mei depan, antara enam individu dihadapkan ke Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd