• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wartawan Dedah Shukri Abdull Lama Rancang Bersara Wajib

oleh
31/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wartawan sebuah akhbar yang rapat dengan Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull mendedahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu telah lama menyuarakan hasrat mahu bersara pada usia wajib.

Beliau yang berpengalaman sebagai wartawan selama bertahun-tahun mendedahkan, Mohd. Shukri berkata tentang hasratnya itu sebelum isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) timbul dan menjadi polemik dalam kalangan orang ramai.

“Merujuk kes Shukri (Mohd. Shukri), sejak mengenalinya dengan akrab sejak lima tahun lalu, hari pertama lagi dia menyuarakan hasrat untuk bersara pada umur 56.

“Katalah apapun kepadanya, nasihatlah bagaimanapun, dia tau, cukup umur 56 tahun, saya nak pencen dah, saya dah penat. Masa itu 1MDB punya bayang pun tidak nampak lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan melalui akaun Facebook beliau.

Wartawan berkenaan menjelaskan beliau membuat pendedahan itu kerana memahami segelintir masyarakat marah dengan penamatan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohammad dan persaraan wajib Mohd. Shukri kerana kononnya ia berkaitan isu 1MDB. .

Beliau berkata, Abu Kassim tidak membuat permohonan menyambung kontrak untuk membawa nama negara sebagai pakar jemputan International Anti-Corruption Academy (IACA) di Universiti Pencegahan Rasuah di Austria di bawah tajaan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Bagaimanapun, katanya, Abu Kassim masih penjawat awam yang akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai pensyarah, penyelidik serta memberi khidmat rundingan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Malah, katanya, Abu Kassim masih pegawai SPRM yang mempunyai kad kuasa selaku penguatkuasa.

“Untuk pengetahuan kita semua, jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah sama dengan jawatan Ketua Pengarah agensi lain iaitu ‘open post’ yang boleh diisi oleh mana-mana Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD),” jelasnya.

Selain itu, katanya, perpindahan Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Datuk Mustafar Ali ke jabatan lain pula perlu dilihat secara positif dalam konteks hari semasa kerana kesungguhan SPRM membenarkan pegawai kanannya ditempatkan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai pegawai intergriti.

“Ini juga adalah perkara hampir sama `diapply’ kepada Mustafar, mungkin menjadi isu kerana pada masa ini dan SPRM terkena tempias sebab menyiasat SRC International dan beberapa kes berkaitan 1MDB.

“Dalam ucapannya pun berbangga dengan pencapaian SPRM dan mengiktiraf badan itu dengan mengambil pegawainya bagi mengetuai agensi lain,” ujarnya lagi.

Wartawan tersebut turut mendedahkan pengalamannya bersembang dengan beberapa Pengarah SPRM lain yang rapat dengannya beberapa hari lalu yang berpegang dengan kata-kata Abu Kassim:

“Jangan terlalu emosi, pemimpin datang dan pergi. Sampai masa tetap pergi, tidak kira bagaimana. Bantu pemimpin baru, kerana kalau diserang bukan pemimpin seorang tetapi satu agensi akan terpalit.

“Jauh sekali Abu Kassim atau mana-mana mereka memburukkan pengganti mereka. Ingat mereka bertiga dan SPRM bukan maksum, tetapi berusaha memperbaiki sistem negara mengikut acuan Perlembagaan. Jangan terlalu taksub hingga jatuh fitnah, dosa kering nanti,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mohd. Shukri AbdullSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd