• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,400 Kes Kebakaran Sepanjang Musim Perayaan

oleh Ahmad Albab
31/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 2,400 kes kebakaran direkodkan di seluruh negara sepanjang musim perayaan bermula 30 Jun hingga 14 Julai lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Noor Ibrahim berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 564 kes berbanding musim perayaan tahun lalu, sebanyak 1,836 kes dicatatkan.

Katanya, menerusi statistik berkenaan kes kebakaran belukar paling tinggi dilaporkan iaitu sebanyak 1,401 kes, lain-lain kebakaran 738 kes dan kebakaran bangunan sebanyak 261 kes.

“Kes kebakaran bangunan termasuk rumah kediaman menunjukkan peningkatan sebanyak 47 kes dengan musim perayaan sebelum ini hanya 214 kes diterima,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Bomba Negeri, di sini, malam tadi.

Menurutnya pihaknya tidak menolak kemungkinan faktor kecuaian dan litar pintas menyebabkan berlakunya kebakaran.

Dalam pada itu Wan Mohd Noor berkata sepanjang tempoh sama, sebanyak 119 kes kemalangan jalan raya dicatatkan berbanding 212 kes yang diterima pada tahun lalu.

Katanya, ia menunjukkan penurunan sebanyak 93 kes pada musim perayaan ini dan didapati kes kemalangan serius juga berkurangan menerusi panggilan yang diterima pihak Bomba.

“Daripada jumlah itu Selangor mencatatkan kes kemalangan paling tinggi iaitu 25 kes diikuti Kedah 19 kes, Pahang 17 kes dan Johor, 13 kes,” katanya.

Wan Mohd Noor berkata hasil kerjasama semua agensi dan kesedaran pengguna, berjaya mengurangkan kadar kes kemalangan terutamanya melibat kes maut sepanjang musim perayaan lalu.

Beliau berharap kempen kesedaran, hebahan menerusi media cetak dan elektronik yang dilakukan sepanjang musim perayaan itu dapat diperhebatkan lagi pada musim lain. – BERNAMA

Tags: Bombakebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd