• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 NGO Lapor Polis Muzik Video Namawee

oleh Ahmad Albab
31/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Wakil daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat 10 laporan polis di Balai Polis Jalan Patani di sini berhubung muzik video oleh Namawee bertajuk ‘Oh My God’.

Wakil gabungan NGO itu, Azdy Mohd Arshad berkata muzik video berdurasi empat minit itu dilihat tidak menghormati agama Islam.

“Kami telah membuat laporan polis berdasarkan lima karakter yang digunakan dalam muzik video itu yang menyebut perkataan Allah sebelum minum, azan telah dihina berulang kali, ia menunjukkan bahawa umat Islam adalah pengganas dan orang Islam yang memakai pakaian agama berjudi,” katanya dalam sidang media di luar balai polis itu.

Azdy menegaskan bahawa tindakan penyanyi dalam muzik video itu tidak bermoral dan menyebabkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Video itu didakwa dirakam di masjid Tanjung Bungah dan beberapa tempat ibadat agama lain.

Kira-kira 40 minit selepas membuat laporan polis, kumpulan NGO itu kemudian mengoyak imej Namawee dan memijak imej berkenaan sebagai simbol kemarahan.

Semalam, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab telah memberi amaran kepada kumpulan itu supaya tidak melakukan perkara yang melanggar undang-undang seperti membakar imej Namawee.

Abdul Ghafar berkata polis juga telah memulakan siasatan berhubung muzik video itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: hina islamNamewee
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

Peguam Maklumkan Tertuduh Kes Pijak Al-Quran Tidak Mengaku Memeluk Islam – Firdaus Wong

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung memaklumkan beliau dihubungi oleh peguam kepada penuntut sebuah universiti...

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

Lelaki Pijak Al Quran Didakwa Seorang Muallaf

02/03/2026
0

Lelaki pihak Al Quran didakwa seorang mualaf.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd