• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustafar Ikrar Teruskan Langkah Pencegahan Rasuah

oleh Ahmad Albab
30/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mustafar Ali berikrar meneruskan langkah-langkah pencegahan rasuah di mana-mana agensi penguatkuasaan beliau ditempatkan.

Beliau, yang akan ditempatkan sebagai Ketua Pengarah Imigresen mulai Isnin ini (1 Ogos), berkata ini adalah penempatan biasa dilakukan dari jabatan ke jabatan bagi memastikan kesinambungan pelan tindakan rasuah dapat diteruskan.

“Penempatan ini satu tindakan bagi memastikan usaha mencegah dan membasmi rasuah yang dilakukan di SPRM selama ini, dapat diteruskan di agensi penguatkuasaan lain,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penempatan beliau di Jabatan Imigresen.

Mustafar berkata demikian pada Majlis Paluan Berundur meraikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull serta beliau di ibu pejabat SPRM di sini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan Mustafar ditempatkan sebagai Ketua Pengarah Imigresen mulai 1 Ogos ini bagi menggantikan Datuk Seri Sakib Kusmi yang ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam.

Ditanya sama ada penempatan tersebut agak mengejutkan, beliau yang enggan mengulas perkara itu, bagaimanapun menegaskan bahawa penempatan itu hanyalah bagi meneruskan legasi pembasmian rasuah di Jabatan Imigresen.

“Penghijrahan merupakan satu pengorbanan, persaudaraan dan perjuangan. Jadi, berhijrah adalah satu tindakan betul yang diambil,” katanya, yang telah berkhidmat di SPRM selama 31 tahun.

Beliau dilantik sebagai Pegawai Siasatan pada 1985 dan memegang beberapa jawatan, antaranya Pegawai Pendakwa, Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Koordinasi Dasar serta Pengarah Siasatan SPRM sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi pada 2014. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd