• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dzulkifli Ketuai SPRM, Mustafar Pula KP Imigresen

oleh
29/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Teka teki siapakah pengganti Tan Sri Abu Kassim Mohamed terjawab selepas Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu mulai 1 Ogos 2016.

Pelantikan tersebut diumumkan secara rasmi oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini pada petang Jumaat.

Dzulkifli sebelum ini merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara di Jabatan Peguam Negara dan beliau dilantik dengan tempoh perjawatan sehingga 31 Julai 2021.

Ini untuk menggantikan Abu Kassim yang tamat perkhidmatannya dan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-Undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Ali dalam kenyataan tersebut memaklumkan bahawa pelantikan Dzukifli turut diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan peruntukan subseksyen 5 (1) Akta SPRM 2009.

Turut diumumkan pertukaran Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali sebagai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Mustafar akan menggantikan tempat Datuk Seri Sakib Kusmi yang bakal ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam. Turut berpindah kedudukan ialah Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur.

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi itu ditempatkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi mulai 5 Ogos bagi menggantikan Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.

Ini kerana Zaini pada tarikh sama bakal ditempatkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menggantikan Datuk Loo Took Gee yang bersara ketika tarikh tersebut.

Manakala kekosongan yang ditinggalkan Noorul Ainur akan diambil alih pula oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd. Azhar Yahaya. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Ketua Setiausaha NegaraSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd