• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Kedua Adi Putra Ditahan Polis Di Pejabatnya

oleh AK-47
29/07/2016
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELUM pun reda dengan kontroversi pelakon Adi Putra berkahwin dua, timbul pula cerita ‘panas’ lain apabila isteri keduanya, Nor Shahida Zolkifly dilapor ditahan polis di pejabatnya di Putrajaya pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Nor Shahida ditahan bersama dua lagi kakitangan Imigresen berhubung siasatan sindiket penyeludupan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.

Sementara itu, Adi Putra berkata, dia akan menjelaskan segalanya kemudian.

“Saya tidak begitu pasti (butiran siasatan) tetapi biarkan pihak berkuasa menjalankan dulu kerja mereka. Apapun, saya akan maklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi menerusi mesej WhatsApp, semalam.

Pasangan ini dilaporkan bernikah pada 20 Jun lalu.

Sebelum ini, akhbar tempatan ada melaporkan sejak beberapa bulan lalu, lebih 15 penjawat awam ditahan dan sebahagian besarnya Imigresen berikutan kes sindiket penyeludupan warga asing.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata mereka disyaki terbabit dalam pemalsuan dokumen dan memberi laluan segera kepada warga asing yang memasuki negara ini tanpa melalui prosedur yang sah.

Semua suspek ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ADI PUTRAisteri kedua
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Op Global: Isteri Kedua CEO GISBH Antara Dibawa Polis Kelantan Ke Pusat Saringan

Op Global: Isteri Kedua CEO GISBH Antara Dibawa Polis Kelantan Ke Pusat Saringan

21/09/2024
0

KOTA BHARU: Dianggarkan lebih 30 individu termasuk isteri kedua kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), warga emas, bayi...

“Status Saya Masih Lagi Ibu Tunggal” – Erra Fazira

11/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi ternama, Erra Fazira menjelaskan, dia tidak bernikah, jauh sekali bergelar isteri kedua kepada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd