• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Maut Terkena Batu Dilempar Gajah

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RABAT – Tragedi menyayat hati menimpa sebuah keluarga apabila anak perempuan mereka berusia tujuh tahun maut selepas terkena batu dilemparkan seekor gajah di zoo ibu kota Maghribi di sini.

Ketika kejadian malang itu, kanak-kanak terbabit diletakkan di atas bahu ayahnya untuk bergambar dengan membelakangkan gajah berkenaan.

Kanak-Kanak Maut Terkena Batu Dilempar Gajah

Secara tiba-tiba belalai gajah itu mengangkat batu yang agak besar dan membalingnya hingga terkena kepala kanak-kanak yang tidak didedahkan identitinya. Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Jurucakap zoo tersebut ketika merakamkan takziah kepada keluarga berkenaan memberitahu tiada perlanggaran kawalan keselamatan berlaku melibatkan sesiapapun di tempat kejadian.

Kanak-Kanak Maut Terkena Batu Dilempar Gajah

“Kemalangan seperti ini jarang berlaku, tidak pernah disaksikan dan luar biasa,’’ katanya.

Dalam pada itu, ramai netizen membidas ambulans kerana mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat kejadian malah mereka juga kecewa kerana zoo sepatutnya mempunyai pasukan perubatan dan ambulans sendiri.

Ia merupakan kemalangan kali pertama melibatkan zoo tersebut sejak ia dibuka pada 2012. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gajahkanak-kanakzoo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.