• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jasad Isteri Koh Tsu Koon Jalani Upacara Pengebumian

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jasad mendiang Puan Sri Chui Kah Peng, isteri bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, menjalani upacara pembakaran di krematorium Batu Gantung di sini hari ini.

Chui meninggal dunia pada usia 65 tahun Ahad lepas di Pusat Perubatan Gleneagles setelah bergelut dengan kanser selama 13 tahun.

Beratus-ratus rakyat Pulau Pinang, antaranya pemimpin politik, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Kong; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, yang juga Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan; anggota Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh dan Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Uban, Dr. T. Jayabalan, memberi penghormatan terakhir mereka terhadap Chui.

Mendiang meninggalkan suami, Koh, yang menjadi pasangan hidupanya selama lebih 25 tahun, serta anak lelaki, Yu Cheng, dan anak perempuan, Yu Jun.

Yu Jun, yang berucap bagi pihak keluarga selepas upacara penjagaan dan penghormatan mayat selama lima hari, tidak dapat menahan air matanya ketika menyampaikan ucapan terima kasih kepada para hadirin.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua petugas perubatan yang membantu emak saya ketika beliau dirawat di hospital. Pemergiannya bukan sahaja suatu kehilangan bagi kami, tetapi juga turut dirasai ramai yang lain,” katanya.

Koh kelihatan terharu ketika menyertai upacara sembahyang dan ada ketikanya, beliau menitiskan air mata serta terpaksa ditenangkan Yu Jun.

“Saya bukan sahaja kehilangan orang yang amat saya kasihi dalam hidup ini, tetapi juga seorang mentor dan sahabat baik. Semoga beliau bersemadi dengan tenang,” katanya sebelum upacara pembakaran mayat dimulakan pada 1.10 tengah hari. – BERNAMA

Tags: Koh Tsu Koon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Merekalah Katak, Bukan Kami” – Koh Tsu Koon

02/05/2018
0

GEORGE TOWN – Semua calon BN Pulau Pinang dipilih dari negeri ini dan mereka telah berkhidmat di kawasan pilihan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd