• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Adakah Latheefa Koya Tak Memahami Logik Mudah?” – DAP

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP mengkritik kegagalan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan pantas berhubung rancangan DAP untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang lebih awal.

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan Pemuda DAP, Chiong Yoke Kong berkata, PKR terpaksa mengambil masa yang panjang untuk bersetuju dengan rancangan DAP tetapi mampu membuat keputusan yang sangat cepat sewaktu mahu melaksanakan `Langkah Kajang’.

“DAP telah menyokong penuh PKR dalam beberapa percaturan politik seperti dalam krisis jawatan Menteri Besar Selangor dan juga `Langkah Kajang’.

“Daripada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, DAP tidak pernah membelakangi pemimpin PKR seperti satu lagi kawan karib PKR (PAS) yang gemar menikam dari belakang.

“Walaupun PKR mengambil masa yang panjang dalam menentukan kewajaran PRN Pulau Pinang berbeza dengan keputusan tangkas `Langkah Kajang’,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi memgulas kenyataan Ketua Biro Undang-Undang PKR, Latheefa Koya yang menyindir DAP dengan berkata:

“Siapa yang mengumumkan pilihan raya `kilat’ secara sebelah pihak, siapa yang mengumumkan pembubaran Pakatan Rakyat secara sebelah pihak dan siapa yang mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan kepada media sebelum keputusan dimuktamadkan?”

Menjawab sindiran itu, Yoke Kong menegaskan, PAS yang membatalkan kerjasama politik dengan DAP dalam Muktamar Dewan Ulama PAS pada 6 Jun 2015 terlebih dahulu.

Beliau turut mengingatkan bahawa perasmian Pakatan Harapan pada 9 Januari 2016 dilakukan oleh Wan Azizah iaitu Presiden PKR dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

“Adakah Latheefa tidak memahami logik mudah sebegini?” soal beliau.

Justeru, katanya, kenyataan Latheefa isu sebenarnya satu justifikasi PKR takut untuk menghadapi PRN Pulau Pinang dengan membuat alasan kononnya rancangan DAP untuk mengadakan PRN selalu berubah dan tidak konsisten.

“Berbeza dengan Keadilan yang selalu berubah dalam isu Menteri Besar Selangor, DAP tidak pernah berubah dan memang bertekad untuk menggabungkan semua isu yang sedia ada untuk menghadapi PRN Pulau Pinang.

“Tidak ada konflik bagi parti untuk memperoleh mandat rakyat seperti mana PKR cuba untuk mendapatkan mandat rakyat Permatang Pauh demi memanifestasikan sokongan rakyat kepada Presidennya,” sindir beliau pula. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Latheefa Koya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saksi Pembelaan Latheefa Dan Shafee ‘Bengang’

09/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes SRC International Sdn. Bhd. bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Tinggi di...

Latheefa Tak Sempat Buka Kes Guan Eng – Najib

06/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak kesal kerana Latheefa Koya melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd