• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hilang Sabar, Isteri ‘Lelong’ Suami Curang Hanya RM4!

oleh AK-47
28/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN kerana terlalu geram dengan perangai suaminya, seorang wanita bertindak melakukan sesuatu yang di luar kotak untuk menyedarkan lelaki itu – dengan ‘menjual’nya di aplikasi jual beli OfferUp!

Wanita yang hanya dikenali melalui nama penggunanya, Amanda, itu ‘menjual’ suaminya dengan harga runtuh iaitu $1 (RM4) sahaja.

Dalam ruangan deskripsi ‘barangan’ yang ditawarkan itu, Amanda menyatakan bahawa suaminya itu seorang: “Penipu, kaki perempuan, suka menggunakan orang lain. Bagus hanya untuk bermalasan di sofa, atau menghabiskan wang orang lain.”

Tidak cukup dengan itu, Amanda juga turut mendedahkan sikap buruk suaminya yang lain, termasuklah pemalas dan suka mendatangkan beban kepada orang lain.

Hilang Sabar, Isteri 'Lelong' Suami Curang Hanya RM4!

“Penagih dadah, suami dan ayah yang tak berguna tapi hei, saya pasti ada wanita yang mahukan gaya hidup sebegini. Jadi dia amat dialu-alukan ke rumah anda. Dia tidak mempunyai kenderaan tetapi akan menghabiskan minyak kereta anda.”

Kemudian, Amanda menghabiskan sesi lepas geramnya itu dengan amaran berbaur sinis ini:

“Dia juga akan sumbat minda anda dengan janji manis bahawa hidup akan jadi lebih bermakna tetapi berhati-hati, kerana tak ada satu pun kebaikan yang boleh diharapkan daripada dia. :)”

Wanita itu turut memberikan 4 bintang untuk kondisi suaminya!

Hilang Sabar, Isteri 'Lelong' Suami Curang Hanya RM4!

Mungkin tahap kesabaran Amanda telah dicabar hebat akibat sikap si suami yang hanya tahu ‘buat anak’ tetapi lepas tangan terhadap tanggungjawabnya yang membuatkan wanita itu bertindak sedemikian. Namun, tindakannya dilihat agak tidak matang dan keanak-anakan pun ada sebenarnya.

Akak-akak di Malaysia jangan cuba-cuba tiru gaya si Amanda ni ya, jika ada masalah eloklah berbincang sesama pasangan dan bukan memburukkan mereka di media sosial! - MYNEWSHUB.CC

Tags: curanglawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Tikam Teman Lelaki Ketika Dipaksa Lakukan Seks Ada Rekod Dadah

Bella Akui Kesilapan Mahu Perhatian Aliff, Hubungan Dengan Muaz Berakhir Tahun Lepas

04/04/2024
1

Bukit Jelutong: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, 30, berterus-terang bahawa isu dia menjalinkan hubungan dengan pelakon baharu, Muaz Zabir yang...

Lima Kanak-kanak Antara 19 PATI Ditahan Dalam Ops Sapu

Lelaki Didakwa Curang Maut Ditikam Kekasih

12/03/2024
0

KUALA LANGAT - Seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan dalam kejadian di sebuah unit kondominium di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd