• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawalan Keselamatan Negara Di Peringkat Optimum

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kawalan keselamatan negara berada di tahap optimum, namun langkah-langkah kesiapsiagaan menghadapi apa jua insiden perlu ditingkatkan bukan sahaja dalam kalangan anggota keselamatan tetapi juga masyarakat keseluruhannya, kata Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sambil merujuk kepada kejadian tembakan membabitkan anggota kongsi gelap di ibu negara semalam, timbalan perdana menteri berkata masyarakat juga perlu memberikan maklum balas mereka mengenai perkara itu.

“…timbul persoalan kenapa perkara ini (kongsi gelap) berlaku. Dengan tidak berhajat terjerumus dalam ‘sindrom penafian’, saya ingin nyatakan di sini bahawa polis yang berada di semua lokasi penting sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN) Sarawak 2016 di Kompleks Islam Sarawak, di sini hari ini.

Katanya pada 16 Ogos ini satu skim baharu di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru (NBOS) akan dilancar dengan lima juta rakyat telah berdaftar dengan satu aplikasi yang akan membolehkan mereka melapor secara tepat masa sebarang kejadian jenayah ke ‘command centre’ Polis Diraja Malaysia (PDRM), untuk tindakan segera.

Katanya walaupun kadar jenayah pada dasarnya turun 30 peratus sepanjang tahun lepas berbanding tahun sebelumnya, namun beliau melihat persepsi rakyat mengenai kebolehpercayaan terhadap polis dalam membanteras jenayah tidak berubah.

Ahmad Zahid berkata pada pandangannya Ops Cantas yang dilaksanakan polis sejak awal tahun ini perlu diberi nafas baharu dan dilancarkan Ops Cantas 2.0.

Ops Cantas ialah antara langkah proaktif PDRM dalam memberi tumpuan kepada usaha pencegahan jenayah di seluruh negara khususnya selepas berlaku sejumlah kes tembak di Malaysia sejak akhir-akhir ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau hujung bulan lepas mengesahkan bahawa 646 individu ditahan dalam Ops Cantas di seluruh negara antara Januari dan Jun lepas.

Sementara itu ditanya sekiranya undang-undang semasa tidak mencukupi untuk menangani kegiatan kongsi gelap, Ahmad Zahid berkata ia bukan soal undang-undang semata-mata tetapi turut merangkumi banyak aspek yang memerlukan pembabitan banyak pihak.

Beliau berkata KDN juga telah mencadangkan kepada kerajaan supaya membaiki pagar sempadan di utara semenanjung yang menurutnya sepanjang 7,900km dan dibangunkan sejak tahun 90-an lagi.

Ahmad Zahid berkata KDN faham dengan kekangan yang dihadapi dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan, contohnya dalam membaiki pagar di sempadan negara, namun menurutnya soal keselamatan negara tidak seharusnya dikompromi.

Katanya beliau menyokong penuh kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di ibu negara semalam yang berkata kerajaan tidak akan meminta maaf kerana lebih mendahulukan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Sementara itu merujuk kepada tahanan dalam negara yang terbabit dalam keganasan, beliau berkata mereka yang dikategorikan sebagai banduan ‘jenayah ideologi’, diasingkan daripada penjenayah lain untuk membolehkan mereka menjalani proses ‘deradikalisasi’, di samping membendung ideologi mereka daripada mempengaruhi banduan lain.

Beliau seterusnya mengakui bahawa sehingga kini terdapat tujuh warden di sebuah penjara dalam negara telah terpengaruh dengan ideologi banduan ‘jenayah ideologi’ ini sehingga mereka sendiri perlu menjalani ‘proses deradikalisasi’.

Menurutnya proses deradikalisasi membabitkan modul program yang dijayakan dengan kerjasama pelbagai pihak seperti pakar psikologi, ulama dan pakar motivasi. – BERNAMA

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd