• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gunakan Saluran Betul Untuk Luahkan Pandangan

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat supaya tidak mengambil tindakan di luar batasan undang-undang dan sebaliknya menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan sebarang pandangan berbeza.

Katanya, sebagai negara yang mengamalkan demokrasi berasaskan perlembagaan, tindakan seperti penganjuran demonstrasi jalanan adalah langlah yang salah.

“Kalau kita berdemonstrasi…tiba-tiba ada gangguan oleh pengganas Daesh, nanti apa akan jadi? Anarchy (huru-hara akan berlaku),” katanya.

Najib berucap pada jamuan malam sempena Persidangan Parlimen Mahasiswa 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman dan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Najib menegaskan pihak yang tidak bersetuju terhadap sesuatu perkara yang dibawa kerajaan tidak harus memainkan politik ‘menabur kebencian’ dan sebaliknya perlu menawarkan alternatif yang konstruktif kepada kerajaan.

Najib yang juga Menteri Kewangan seterusnya menarik perhatian bahawa kerajaan telah banyak membantu rakyat termasuk dalam soal menghadapi kos sara hidup, pendidikan, kesihatan dan ibadat haji.

Beliau berkata kerajaan yang memerintah sekarang ialah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa prihatin kepada keperluan rakyat dan pengukuhan ekonomi negara untuk jangka panjang. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd