• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahap Kesedaran Rasuah Meningkat Dalam Golongan Muda

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tahap kesedaran tentang impak negatif rasuah dalam kalangan golongan muda di negara ini menunjukkan peningkatan, menurut kajian dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata melalui kajian yang dijalankan tahun lepas terhadap pelajar institusi pengajian tinggi tempatan, hanya 11 peratus menyatakan sanggup menerima rasuah sekiranya ada kuasa dan peluang.

“Berbanding kajian yang dilakukan pada tahun 2002 sebanyak 35 peratus pelajar didapati sanggup menerima rasuah jika berpeluang.

“Kajian ini dilakukan berterusan bagi membolehkan SPRM mengambil langkah mencegah rasuah dengan lebih berkesan dari peringkat awal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai penambahbaikan yang dilakukan SPRM dalam usaha memberi kesedaran rasuah berbanding dahulu dan kini.

Sebelum itu, Mustafar menjadi panel program Bual Bicara Integriti bertajuk: “Menyelusuri sejarah permulaan penubuhan Institut Integriti Malaysia dan Pelan Integriti Nasional: Wadah dan Gagasan Membudayakan Integriti Masyarakat Malaysia” di sini, hari ini.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi melancarkan buku 242 halaman berjudul ‘A National Integrity System’.

Buku berkenaan boleh didapati di Institut Integriti Malaysia dengan harga RM50 senaskhah. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd