• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpul Setem Satu Pelaburan Jangka Panjang

oleh AK-47
27/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENGUMPUL setem sering kali dipandang sebagai satu hobi yang agak membosankan bagi sesetengah daripada kita.

Secara jujurnya, penulis pun beranggapan sebegitu pada mulanya.

Namun apabila bertemu sendiri dengan seorang pengumpul setem tegar, Muhamed Salim Mohd Ali, 40, baharulah persepsi penulis berubah sepenuhnya.

Dalam pertemuan selama sejam dengan Mynewshub di kediaman beliau di Kajang hari ini, Salim berkongsi idea dan menjelaskan bahawa mengumpul setem bukan sekadar hobi tetapi ia juga satu bentuk pelaburan kewangan jangka panjang.

Katanya, dengan pemahamaman yang mendalam dan tepat, tidak mustahil sekeping setem membolehkan seseorang itu mendapat untung dari segi kewangan.

“Jangan tak tahu dengan hobi mengumpul setem ini boleh buat duit tau, sebagai contoh, saya beli setem lama dengan bermodalkan RM450 dan boleh menjualnya balik dengan harga RM1,000 mengikut anggaran nilai setem berdasarkan buku katalog setem.

“Mengumpul setem ini boleh dikatakan sebagai pelaburan jangka masa panjang. Ini yang saya mahu pupukkan buat semua orang di luar sana,” ujarnya yang sering mengunjungi sebuah kedai menjual setem lama di Kompleks Pertama bagi menambahkan lagi koleksi berharganya itu.

Kumpul Setem Satu Pelaburan Jangka Panjang
Mohamed Salim Mohd Ali.

Menurut Salim, hobi menyimpan setem sudah mula dipupuknya ketika berusia seawal enam tahun dan kini koleksi beliau sudah mencecah hampir 8,000 keping.

Malah, setem pertama yang disimpan oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) itu masih lagi berada dalam keadaan elok dan tersimpan rapi dalam koleksinya.

“Setem pertama yang dikumpul saya ialah ketika saya berusia enam tahun dan sejak itu minat untuk mengumpul setem mula bercambah dalam diri saya dari tahun ke tahun.

Kumpul Setem Satu Pelaburan Jangka Panjang
Setem pertama yang dikumpul Salim.

Kumpul Setem Satu Pelaburan Jangka Panjang

“Namun yang menariknya saya hanya mengumpul setem yang dikeluarkan di Malaysia sahaja. Bererti saya tidak akan pernah terlepas daripada membeli setem yang dikeluarkan Pos Malaysia.

“Kalau saya sasarkan nak kumpul setem dari serata dunia, tak terkejar saya,” katanya.

Isteri Faham Minat Muhamed Salim

Bercakap mengenai sokongan keluarga terhadap minatnya itu, Muhamed Salim berkata isterinya, Dr. Farahnaz sentiasa memberikan sokongan moral terhadap minatnya itu malah sering mengingatkan sekiranya ada koleksi setem terbaharu yang bakal dikeluarkan Pos Malaysia.

“Isteri amat memahami hobi saya dan sering kali menemani bila saya imbas kembali memori malah dia juga sering memberikan sokongan dari segi moral dengan menggalakkan saya untuk melengkapkan lagi koleksi setem yang disimpan.

“Pada permulaannya, bapalah yang banyak memberikan galakan kepada saya untuk terus menyimpan setem dan menjadikannya koleksi sehinggalah sampai sekarang.

“Masa sekolah dulu, saya sering bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan yang mempunyai hobi sama. Jadi semangat nak mengumpul itu semakin bercambah,” katanya.

Bercakap mengenai koleksinya, Muhamed Salim menganggarkan koleksinya itu bernilai RM80,000 hingga RM85,000 sekiranya ia dijual kepada individu yang berminat.

Kumpul Setem Satu Pelaburan Jangka Panjang
Setem pertama yang dikeluarkan Tanah Malaya pada 1867 yang berada dalam simpanan Salim.

Namun, dia belum merancang untuk menjualnya buat masa sekarang kerana ingin mengumpulkannya terlebih dahulu sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 tahun akan datang.

Selain itu, Salim juga menggunakan perkhidmatan Standing Order Deposit Account (SODA) yang ditawarkan Pos Malaysia bagi membeli setem yang dijual.

Ketika ditanya mana satukah setem yang paling menjadi kesayangannya, dengan pantas Mohamed Salim menunjukkan sebuah setem lama yang sedikit terkoyak di bucunya.

Ia memaparkan wajah Allahyarham Raja Perlis.

Setem itu yang paling disayanginya dan secara kebetulan itulah juga setem pertama yang berada dalam koleksinya yang memacu minatnya sehingga ke hari ini.

“Ada kisahnya kenapa setem itu sedikit terkoyak, yelah, masa tu saya pun baru tadika, pegang sambil lewa sampai dia sedikit koyak, jadi saya ambil plaster untuk betulkannya. Sehingga ke hari ini ia berada elok dalam simpanan. Memang ia ada sentimental value buat saya,” katanya mengimbas kembali memori setem pertamanya.

Kumpul Setem Tingkatkan Semangat Cintakan Negara

Mengenai hobinya yang hanya mengumpul setem keluaran Malaysia, Salim berkata ia merupakan salah satu daripada caranya memupuk semangat cintakan negara.

“Bila melihat balik koleksi setem ini, secara tidak langsung ia membangkitkan semangat patriotik dalam diri saya, bila mana ada di antara koleksi setem ini merupakan keluaran khas sempena Hari Kemerdekaan, kemenangan Malaysia dalam kejohanan Piala Thomas 1992 dan setem pertama yang dikeluarkan Tanah Malaya pun berada dalam simpanan saya.

Kumpul Setem Satu Pelaburan Jangka Panjang

Kumpul Setem Satu Pelaburan Jangka Panjang

Kumpul Setem Satu Pelaburan Jangka Panjang

Kumpul Setem Satu Pelaburan Jangka Panjang

“Setem-setem ini juga diterbitkan dengan pelbagai tema, ada antaranya koleksi setem yang memamparkan kepelbagaian khazanah yang ada di Malaysia antaranya, setem koleksi pakaian tradisional, buah-buahan tempatan, permainan tradisional dan pelbagai lagi,” katanya lagi yang menggunakan album setem yang diimport khas dari Jerman bagi menyimpan ‘barang kemasnya’ itu.

Pupuk Minat Kanak-Kanak Untuk Kumpul Setem

Sehubungan hobi ini boleh membawa pulangan lumayan buat si pemilik, Salim menyarankan agar minat untuk mengumpul setem dipupuk kepada kanak-kanak sejak dari peringkat awal persekolahan lagi.

“Kita perlu tanamkan minat mengumpul setem di kalangan kanak-kanak dan tepis stereotaip yang mengatakan hobi ini sesuatu yang membosankan.

“Kita patut beri galakan selain hobi ini pun tidak memerlukan modal yang banyak untuk dimulakan. Mulakan beli sikit dulu, lama-lama nanti jadi bukitlah,” ujarnya sambil tersenyum seraya menutup perbualan. – MYNEWSHUB.CC

Kumpul Setem Satu Pelaburan Jangka Panjang

Kumpul Setem Satu Pelaburan Jangka Panjang

Tags: hobisetem
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Makes History With 100% Medal Sweep At Five Nations 2025 In Bandung, Indonesia

Malaysia Makes History With 100% Medal Sweep At Five Nations 2025 In Bandung, Indonesia

30/11/2025
0

BANDUNG, INDONESIA — Malaysia achieved a spectacular and record-breaking triumph at the Five Nations 2025 Stamp Exhibition, hosted by Indonesia...

Daripada Hobi, Jadi Jutawan

31/03/2021
0

KUALA LUMPUR - Minatnya terhadap barangan antik mula bercambah sejak di bangku sekolah lagi apabila melihat ayah, bapa saudara dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd