• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Integriti Penting Untuk Bina Jenama, Kata Rafidah

oleh Ahmad Albab
27/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Integriti perlu menjadi nilai teras sesebuah jenama bagi menawarkan sesuatu yang lebih nilai tambah dan dengan kesan positif, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau berkata integriti, yang berkait dengan faktor manusia, merujuk kepada kejujuran serta daya mengetahui apa yang betul dan salah.

“Walaupun dalam produk atau perkhidmatan, atau organisasi, perlu dipastikan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan adalah yang baik,” katanya ketika berucap pada majlis ‘Strongest Brands Award 2016’ di sini hari ini.

Anugerah itu mengiktiraf jenama yang kukuh di Malaysia dalam 10 kategori, iaitu perbankan; insurans; automotif; syarikat-syarikat telekomunikasi; makanan dan minuman; infrastruktur dan harta; kecantikan; runcit dan juga penyiaran.

Rafidah berkata jenama tanpa integriti dapat bertahan dalam jangka yang singkat di pasaran.

Beliau berkata sesebuah jenama adalah untuk jangka panjang dan mesti berupaya menyerlah dalam kalangan persaing serta terus bertambah baik.

Rafidah berkata usaha berkenaan boleh menjadi sukar bagi jenama yang telah terjejas untuk mendapatkan kembali kepercayaan pengguna, dan kedudukan berkenaan
boleh memberi peluang kepada pesaing.

“Oleh itu, anda perlu memastikan tiada apa yang berlaku sehingga menjejaskan jenama,” katanya.

Rafidah juga menekankan kepentingan tadbir urus bagi mana-mana bidang, terutamanya dalam sektor ekonomi. – BERNAMA

Tags: IntegritiRafidah Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kartunis Zunar Sindir Kerajaan Isu Tulisan Khat

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR – Isu tulisan khat yang dijadual diperkenalkan di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) tahun depan...

Gilbert Cinhin Ketua Balai Polis Gita

19/12/2018
0

KUCHING - Inspektor Gilbert Cinhin Simunga dilantik sebagai Ketua Polis Balai Gita yang baharu, berkuat kuasa hari ini. Gilbert sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd